Monday, March 21, 2011

Saturday, March 19, 2011

BILA MELAYU KURANG KEYAKINAN DIRI

Isu Alkitab dan perkataan ‘Allah’ sekali lagi menjadi isu utama di semua saluran media massa yang terdapat di negara kita. Isu ini semakin hangat bilamana pihak kementerian dan menteri yang bertanggungjawab boleh dikatakan gagal untuk memberikan satu keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak. Dalih demi dalih yang diberikan hanya mampu menggambarkan kelemahan dalam membuat keputusan dan juga ketakutan mereka kepada apa yang bakal berlaku jika mereka tidak mampu meredakan kegelisahan di kalangan orang Melayu Islam di negara ini. Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka dan seperti biasa pendapat-pendapat ini terbahagi pula kepada dua kem berbeza yang lebih menggambarkan kecenderungan politik pihak yang memberikan pendapat walaupun sbenarnya ia tidak seharusnya begitu.


Di sebalik kenyataan dari Sheikh Yusuf Qardhawi, Persatuan Ulama Malaysia, Ustaz Fathul Bari (Ulama dari Umno) dan kenyataan dari beberapa ulama dari PAS, isu ini masih menemui jalan buntu di mana keresahan orang Melayu secara umumnya masih tidak dapat diredakan secara baik. Ini boleh disahkan oleh kenyataan dari Mufti Perak Tan Sri Harussani yang mendakwa bahawa ramai orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan masalah ini dan ketakutan beliau bahawa peristiwa yang serupa dengan insidens yang berlaku tahun lepas semasa isu ‘Allah’ sedang hangat bakal berulang. Seharusnya, jika difikirkan sedalam-dalamnya, pendapat seorang ini tidak cukup untuk menjadi kayu ukur tetapi keresahan ini ada asasnya. Persoalan mengapa Tan Sri Harussani tidak menjadi ‘peacemaker’ dalam hal ini tidaklah perlu dipertikaikan kerana pendirian beliau dalam hal ini amat jelas pada pendapat saya.


Tidak dapat dinafikan ketakutan segelintir orang Melayu dalam dalam hal ini tidak boleh dipandang enteng. Ketakutan ini diterukkan lagi dengan pendirian pemimpin yang tidak jelas dan kelihatan berdolak dalih dan juga mentaliti segelintir orang Melayu secara umumnya. Bila saya perkatakan mentaliti, ia membawa konotasi bahawa mentaliti ini adalah hasil dari ‘tarbiyyah’ pemimpin sedia ada sekarang. Mentaliti ketakutan dan rasa tidak percaya pada orang lain dan juga kurangnya keyakinan pada diri sendiri hasil dari dididik dalam suasana perlu dibantu sepanjang masa.


Mengapa saya katakan ramai di kalangan mereka kurang keyakinan diri dalam hal ini? Ini kerana isu perkataan ‘Allah’ yang sepatutnya menjadi peluang untuk mereka lebih dekat denga orang Kristian disalahertikan menjadi isu ketakutan mereka terhadap potensi peluang dakwah orang Kristian di bumi Malaysia. Ia seolah-olah menggambarkan betapa lemahnya penghayatan orang Melayu kepada agamanya menyebabkan mereka merasa ragu-ragu jika sekiranya orang Kristian dibenarkan menggunakan perkataan itu, pendirian mereka pada agama mereka akan goyah dan akan berbondong-bondonglah orang Melayu masuk Kristian.


Mungkin kelihatan dangkal bagi kebanyakkan orang tetapi inilah dia mentaliti yang membawa kepada isu yang tidak berkesudahan ini dan akan tetap menjadi isu selagi mana segelintir orang Melayu di Malaysia rasa kurang keyakinan diri dan masih lagi berminda dijajah. Apalah sangat jika difikirkan ancaman Alkitab versi Melayu dan penggunaan perkataan Allah ini jika dibandingkan dengan beratus tahun dijajah dan gerakan-gerakan lain yang mengancam integriti agama Islam. Walaupun kita boleh mengatakan bahawa bahasa itu mempengaruhi perkembangan sesuatu agama tetapi dengan cara opresi sebegini ia akan mengakibatkan pandangan kepada orang Islam secara keseluruhannya akan menjadi buruk. Orang Islam akan kelihatan tidak tolerans dan paranoid.


Kekurangan jatidiri dalam jiwa segelintir menjadi ‘archilles heel’ dalam sikap toleransi dan keterbukaan agama ini sendiri. Umat Islam seharusnya tidak takut dengan orang lain tetapi melihat perkara ini sebagai satu peluang dan bukan ancaman. Pendapat ulama-ulama, norma amalan masyarakat arab dan indonesia dan pelbagai lagi pendapat lain menjurus kepada umat Islam menjadi lebih terbuka da tidak takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Adalah tidak adil untuk kita menyekat ruang orang lain hanya kerana kelemahan kita sendiri untuk membina kekuatan dan jatidiri. — Zaid A. Rostam (malaysianinsider's reader)

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Wednesday, March 9, 2011

ORANG MELAYU DAN PALESTIN SAMA SAHAJA


Assalamualaikum

Terbaca sebahagian dari petikan-petikan yang terdapat di dalam buku Dr Mahathir yang terbaru di dalam Malaysian Insider dan saya terasa terpanggil untuk sama mengulas kenyataan beliau tersebut dalam perspektif saya sendiri sebagai seorang Melayu walaupun pada pandangan saya Islam itu lebih penting dari bangsa saya sendiri. Apalah sangat jika saya nak banggakan dengan Melayu saya ini kerana di dalam susur keturunan saya adanya darah orang Cina Peranakan, Tamil dan Sinhalese.

Percampuran darah yang bermacam-macam itulah yang lebih membanggakan saya kerana nenek moyang saya telah membuktikan bahawa bangsa itu bukan masalah tetapi kepelbagaian itu membawa kebahagiaan pula. Saya juga berbangga kerana arwah datuk saya boleh bercakap lebih dari 5 bahasa kerana luasnya percampuran beliau dan ini tidak mungkin berlaku jika datuk saya seorang rasis seperti sebahagian orang Melayu sekarang.

Mungkin jika kita selak balik sejarah bagaimana negara ini ditubuhkan mungkin kita boleh berjumpa di mana punca menjadi terlalu rasis dan kadang-kadang perasaan tidak percaya pada bangsa lain itu terus tersemai dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Tradisi pengklasifikasi ikut bangsa ini adalah peninggalan dari penjajah kita dan ia disambung terus oleh parti pemerintah dari semenjak merdeka lagi.

Dengan membezakan bangsa inilah bangsa penjajah berjaya memerintah negara kita dengan aman dan inilah juga pemerintah kita sekarang boleh kekal berkuasa. Dari masa ke semasa api perkauman disemarak dan dibakar secara halus ke dalam hati-hati setiap warga bangsa oleh parti-parti yang berjuang kononnnya demi bangsa. Si melayu diapi supaya jangan percaya si cina, si cina ditakutkan dengan si melayu, si india pula dihasut membenci melayu dan begitulah seterusnya sehingga sedikit sebanyak walau bagaimana kita cuba untuk tidak rasis, kita juga ada kecenderungan untuk berkelakuan begitu.

Saya selalu berjumpa dengan orang-orang yang begitu rasis sehingga saya takut dengan mereka. Takut kerana orang-orang inilah yang bila-bila masa akan memporak-perandakan negara kita pada bila-bila masa. Mana mungkin kita boleh hidup aman bergandingan tangan sekiranya kawan kita yang berlainan warna kulit dituduh sebagai pengkhianat negara, oportunis, zalim dan sebagainya? Mana mungkin saya boleh duduk diam dan tidak berasa apa-apa. Sudah pasti jika saya tidak berfikir dan telan sahaja apa yang dihamburkan saya juga akan jadi rasis seperti mereka.

Apabila Dr Mahathir menyatakan orang Melayu sama seperti orang Palestin. Nasionalis sehingga tahap rasis tetapi gagal menahan diri dari tarikan duit, saya tidak dapat elak dari menggambarkan puak tertentu sebagai orang melayu yang dimaksudkan. Di peringkat akar umbi cerita pasal pemimpin melayu menjadi kaya dengan menjual tanah melayu kepada bangsa lain bukanlah sesuatu yang pelik dan mereka inilah juga golongan nasionalis dan rasis yang dimaksudkan. Saya menganggap kenyataan ini sebagai sindiran kepada orang bawahannya dahulu dan bukan kepada umum.

Merekalah orang-orang yang bertanggungjawab menghilangkan banyak hak milik melayu kepada orang lain dengan cara yang tidak adil demi memenuhi kehendak nafsu mereka dan mereka jugalah orang yang sama melolong dan menghasut supaya orang melayu jangan percaya bangsa lain. Orang-orang lidah bercabang inilah juga yang menyebabkan Melayu tiada kuasa membeli seperti bangsa lain dan mana mungkin orang melayu bawahan mampu menahan diri dari menjual harta mereka jika desakan hidup lebih dahsyat dari nilai sebidang tanah.

Kenyataan ini seolah-olah sebagai satu sindiran yang amat tajam kepada 'rakannya' sendiri dan sepatutnya mereka tersedar bahawa merekalah sebenarnya keparat yang memundurkan melayu lebih jauh lagi. Ini semua puncanya bila agama tidak dibawa seiring dalam perjuangan. Bila perjuangan berdasarkan akal maka akal akhirnya akan dipengaruhi nafsu. Dan nafsu pastinya lebih hebat bila disaji dengan pelbagai kemewahan yang terhidang.

Bila agama diletak di surau, di masjid, di istana dan di jabatan agama, inilah hasilnya. Kemewahan menjadi tidak seimbang, yang kaya terus kaya, yang miskin terus melarat. Si kaya sembelih si miskin dengan harta yang tidak seberapa dan kemudiannya 'disedekah' pada rakan kongsi pelbagai bangsa yang sangatlah intim. Sedangkan pada masa yang sama sikaya berkuasa ini menghasut si miskin supaya terus benci bangsa lain dan mengkambinghitamkan mereka terus-terusan.

Terfikir, betapa mudahnya orang kita diperbodoh-bodohkan dan diperguna mengikut citarasa mereka. Walau tidak adil pun ia kelihatan, tetapi inilah hakikat masyarakat kita tidak kira bangsa. Keakraban hanya pada permukaan tetapi di dasar penuh dengan ketidakpercayaan, kebencian, hasad dan segala nafsu buruk yang tenggelam timbul mengikut arus semasa.

Dan modal inilah juga sebenarnya sumber mengekalkan kemenangan warga pemerintah dengan permainan sentimen perkauman mereka seperti juga perangai penjajah-penjajah kita.

Tuesday, March 1, 2011

Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out

Assalamualaikum


I was shocked when I read this article. It was a very bad article and I am grateful after 5 days, our PM clarified that it was miss quoted. When someone from the Muslim world said bad things about Dr Yusuf Qaradawi and his Muslim Brotherhood, you will definitely left wondering whether he is in the same camp with Muammar Ghadafi or Husni Mubarak. Such a highly regarded scholar like him with his enlightening and moderate view is called terrorist, it definitely tells something wrong with the leader who say it. At least not many in Malaysia read this and more, not many Malays like to read in English and it spare the blushes of the PM very much.


I really hope he never utter all the said words in the article even though it is quite difficult to say how on earth they misquoted almost everything he said in the first place



By Seth Mandel (23 February 2011)

Since the beginning of the uprising in Egypt and the expected power shift in favor of the Muslim Brotherhood, the Islamic world has rallied around the Brotherhood and demanded that the West engage with them. But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood “shouldn’t be part of the process as long as they don’t reject violence and extremism.”

“Anyone who wants to be part of the political process should adopt values that are compatible with democracy,” Najib said in an interview in Istanbul, where he is speaking at a conference on moderation. “It’s not just about having a vote and choosing your leaders; it’s also part of imparting the right values for democracy to work, because there are failed democracies as well.”

Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.”

He offered his own country as a model to emerging Islamic governments in the Middle East, saying that Secretary of State Hillary Clinton has described Malaysia as “modern, progressive, and moderate.”

“We shouldn’t want to impose on people, but people are welcome to study our experience and how we’ve done things in Malaysia. Perhaps it could be useful in their country,” he said.

Too many leaders, Najib said, misunderstand moderation. “I think they’re not paying enough attention to the values associated with being a moderate,” he said. “Moderate doesn’t mean that you’re a wimp — far from it. It means that you’ve chosen a path because you believe that’s the only way for global harmony and peace.”

— Seth Mandel is a fellow in the Foundation for Defense of Democracies National Security Fellowship Program