Thursday, October 1, 2009

SIBLING RIVALRY


Salam

Mungkin ramai antara kita yang pernah terdengar berkenaan perkara ini namun mungkin ramai juga antara kita yang masih kurang jelas apakah ia sebenarnya. Sibling’s rivalry bukanlah sesuatu perkara baru dalam sejarah manusia. Di dalam Al Quran juga ada menyatakan contoh-contoh berlakunya perkara ini semenjak zaman nabi Adam lagi. Mungkin kita masih ingat kisah Habil dan saudaranya Qabil di mana ketidakpuasan hati seorang saudara sedarah sedaging menyebabkan kematian Habil. Begitu juga kisah Nabi Yusuf yang dibuang oleh abang-abangnya hanya kerana cemburu.

Perkara ini bukanlah sesuatu perkara yan luar biasa malahan ia adalah sebahagian dari proses tumbesaran anak-anak dari segi mental, emosi dan fizikal. Menurut seorang pakar psikologi kanak-kanak bernama Sylvia Rimm, keadaan adalah lebih jelas dan kuat apabila ia melibatkan adik beradik yang mempunyai perbezaan umur yang sangat dekat dan mempunyai jantina yang sama. Malahan, dikatakan bahawa perkara ini berlaku sebelum adik itu dilahirkan lagi dan masih di dalam kandungan.

Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mampu mempengaruhi perkara ini.

1. Keinginan yang berevolusi

berdasarkan teori perkembangan psikososial manusia oleh Erik Erikson, manusia berkembang melalui 8 fasa di dalam hidupnya. Setiap fasa prkembangan ini mempunyai cirinya yang tersendiri yang mempengaruhi cara manusia berinteraksi dengan orang lain. Ia juga mempengaruhi cara pemikiran seseorang individu itu

keinginan dan keperluan yang berbeza ini menyebabkan cara pemikiran mereka dan pendekatan mereka terhadap sesuatu isu menjadi berbeza. Sebagai contoh, seorang petatih mempunyai sifat posesif yang sangat tinggi yang menyebabkan beliau tidak mampu untuk menerima hakikat bahawa mereka perlu berkongsi.

2. Perangai individu

Setiap individu mempunyai personalitinya yang tersendiri. Pertembungan dua personality yang berbeza di kalangan anak-anak pastinya akan mengakibatkan perbalahandan ketidakpuasan hati.

3. Keperluan istimewa

Setiap anak mempunyai keinginan yang berbeza. Keadaan semasa anak juga memerlukan perhatian yang berlainan. Anak yang sakit, anak yang istimewa dan sebagainya mempunyai keperluan yang berbeza

4. Role model

Ibu bapa adalah role model terpenting. Cara komunikasi ibu bapa adalah contoh terpenting yang akan ditiru anak-anak. Bagaiman ibu bapa menyelesaikan konflik begitulah juga anak-anak akan melakukannya.

Jadi bagaimanakah cara untuk meminimakan perkara ini dari berkembang kepada perkembangan yang tidak sihat di kalangan anak-anak? Mungkin strategi di bawah dapat membantu:

1. Jangan melibatkan diri kecuali mereka mungkin akan saling pukul memukul sesame sendiri. Cuba biarkan mereka selesaikan sendiri masalah mereka. Jika perlu campur tangan, wujudkan dahulu ‘cool period’. Jangan cuba mencari pihak mana yang betul atau salah kerana kedua-duanya menyumbang kepada perselisihan tersebut. cuba wujudkan keadaan menang-menang

2. Wujudkan undang-undang didalam rumah supaya mereka belajar mendisiplinkan diri

3. Cuba berikan masa untuk setiap anak-anak secara individu berdasarkan keperluan mereka. Kadang-kadang mereka perlu bersendirian dengan kita

4. Wujudkan perasaan mereka adalah seorang yang penting dalam keluarga dan juga sebagai seorang individu

5. Jangan membandingkan mereka di depan mereka.

6. Jangan cuba menafikan perasaan mereka contohnya perasaan geram atau marah. Akui perasaan mereka itu dan cuba bantu mereka melaluinya dengan cara yang betul

7. Cuba elakkan keadaan yang bakal menimbulkan kekesalan pada hati mereka apabila sesuatu berlaku. Ibu bapa kena prihatin dan cepat bertindak apabila anak-anak cuba melakukan sesuatu yang bakal mereka kesali.

Rujukan: www.childdevelopmentinfo.com kidshealth.org oxford textbook of psychiatry

No comments:

Post a Comment