Wednesday, December 30, 2009

REMAJA, ZINA DAN MASA DEPAN

(gambar hiasan)

bismillah...

akhir-akhir ini saya rasa sangat terganggu..

dua hari lepas, ditakdirkan Allah saya bertemu dengan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun..hamil luar nikah, suaminya kini berumur 26 tahun. yang mengganggu saya, adik ini mahu berhenti sekolah..
seperti biasa, saya akan memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk kaunseling kes-kes yang sebegini..seperti biasa, saya tidak meng'kondem' kesilapannya yang telah pun berlaku..saya lebih suka guna pendekatan yang natural..maksud saya, saya dengan tegas menyarankan supaya dia bertaubat dengan taubat nasuha, melakukan solat sunat taubat bersama dengan suami, meminta maaf daripada kedua ibu dan bapanya, dan berdoa supaya anak yang sedang dikandungnya tidak mengulangi kesilapan yang dia lakukan dan semoga Allah memelihara zuriat itu menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang beriman, berguna untuk Islam..

itu antara intipati utama kaunseling saya kepada wanita2 yang hamil luar nikah disebabkan zina.

tapi untuk adik ini, ada sesuatu yang extra yang perlu saya perkatakan..

kepentingan pelajaran dan ilmu..

umurnya terlalu muda..masa depannya masih jauh..
dalam dunia hari ini dia memerlukan pelajaran dan pendidikan untuk menjamin masa depannya dan juga masa depan anaknya yang dikandung itu..
kalaupun dia tidak dapat menyambung pelajarannya dalam bentuk formal dan akademik, moga2 peluang untuk memperkasakan dirinya dari segi ilmu kemahiran tidak tertutup..

saya tidak pasti sejauh mana nasihat saya supaya dia menyambung pelajaran itu diambil serius olehnya..memandangkan remaja dalam umur sebegitu, dengan fikiran yang belum matang kebarangkalian cukup besar untuk dia mengambil mudah dan remeh soal itu..
cuma jauh di sudut hati saya tetap mendoakan dia supaya dia berubah ke arah yang lebih baik dan semoga Allah memelihara dirinya dan anak yang dikandungnya...

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment