Wednesday, July 1, 2009

SAKIT TERUJUK (REFERRED PAIN)



argh..tetiba mata saya terasa seperti sakit..sakitnya pula menular sehingga ke pelusuk hati..(macam referred pain pulak)
mata saya bukan ditusuk besi hatta dimasuki habuk sekalipun..
tetapi mata saya terasa sakit apabila seorang ibu membawa masuk anaknya ke dalam bilik konsultasi saya dengan tudung putih di kepala tetapi memakai t-shirt hijau yang kecil (bodyfit) dan lengannya yang panjang itu terdedah sampai ke bahu..Ugh!! sungguh menyakitkan mata saya..
selesai saya memeriksa anaknya yang kurang sihat, saya menyerahkan preskripsi ubat..
"dik, doktor nak tegur sikit, harap adik tak marah ye..."
spontan dengan wajah kehairanan dia memandang wajah saya..
"tak salah adik nak pakai t-shirt dengan jeans..dengan syarat menutup aurat..lain kali, pakailah t-shirt lengan panjang dan longgar, ye.."
langsung dia tersipu-sipu..

sungguh, waktu itu saya langsung tidak boleh menahan mulut saya ini dari menegur..tak cukup rasanya menidakkan yang mungkar itu sekadar didalam hati..ntah dari mana saya memperolehi kekuatan untuk bersuara..

fullstop.

saya tidak boleh fullstop di sini...

semasa saya google image mencari gambar wanita melayu, penemuan saya telah menyebabkan saya hampir mendapat serangan jantung...tertera gambar2 wanita2 remaja melayu yang beraksi lucah dan bogel (saya tidak sengaja, ya..)

APA AGAKNYA SUDAH TERJADI DENGAN ANAK2 PEREMPUAN KITA ?

Allahuakbar....

saya tidak boleh fullstop di sini..kita tidak boleh fullstop di sini..banyak lagi perkara lain yang perlu kita lakukan untuk mencegah kemungkaran ini!!

(nafas saya kembali lega bila saya google search 'wanita islam')

No comments:

Post a Comment