Wednesday, July 15, 2009

YANG USANG DAN REMEH..


assalamualaikum..

dalam entry sebelum ini, saya ada nyatakan yang saya sedang dalam pencarian untuk mempelajari sejarah Malaysia..hmm..pencarian saya baru bermula dengan membaca sejarah negeri kedah melalui salah satu blog yang dicadangkan oleh salah seorang sahabat..
di sini saya bukanlah ingin menceritakan semula apa yang saya baca..kerana saya sendiri masih lagi konpius dengan apa yang saya baca..
cuma saya ingin berkongsi kesimpulan yang saya dapat setakat hari ini..

SEJARAH...
boleh ditulis oleh sesiapa sahaja samada oleh orang kebanyakan atau yang menggelar diri mereka pengkaji sejarah..cara bagaimana ia ditulis ia sangat bergantung kepada kewarasan, kejujuran dan keikhlasan si penulis..si penulis boleh menulis dengan sejujur-jujurnya..atau dia juga boleh diupah untuk memesongkan sejarah..tidak sedikit fakta-fakta sejarah yang dilenyapkan oleh pihak-pihak tertentu..tidak mustahil ia ditokok tambah dengan 'cerita dongeng' untuk melindungi fakta yang sebenar..

di sini mungkin akan menimbulkan persoalan di kalangan individu..apa untungnya sejarah dipesongkan? apa pula pentingnya sejarah pada generasi kini? yang dah berlalu biarlah ia berlalu, kenapa harus berpaling ke belakang meniliti sejarah hitam putih itu?

jawabnya senang..
jika hari ini kita tidak mempedulikan sejarah, suatu hari nanti anak cucu kita akan hilang jatidiri.. jika hari ini anda meremehkan sejarah, 'kemelayuan' yang kita banggakan akan sirna ditelan arus ciptaan penjajah dan pemerintah sekular. jika hari ini anda menganggap sejarah itu lapuk dan usang, anda akan ditipu seumur hidup anda..

ayah seorang pesara guru kini berusia 73 tahun..sejak dari dulu dia sentiasa mempromosikan buku2 sejarahnya yang disusun kemas dalam almarinya kepada saya..buku-buku tu pun dah kelihatan usang dan kekuningan ditelan waktu..saya kira sudah tiba masanya untuk saya menyahut saranan ayah saya...

p/s: semakin berminat dengan sejarah..:)

No comments:

Post a Comment