Thursday, May 7, 2009

SAYANG ANAK TINGGAL-TINGGALKAN?


assalamualaikum...


Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa rindunya hati kami pada dua orang puteri kesayangan kami..

kebetulan kami berdua menghadiri kursus berdekatan dengan rumah ibu dan ayah saya, lalu kesempatan ini digunakan untuk pulang ke kampung (sambil menumpangkan puteri-puteri kami untuk dijaga oleh tok dan tokwan mereka untuk 2 hari dan 2 malam ini).

semalam sebaik kami pulang dari kursus jam sudah menunjukkan pukul 1030 malam dan anak-anak kami sudah pun tidur di dalam bilik ibu dan ayah saya..tak sempat pun kami nak bermain.

dan awal pagi tadi kami dah pun keluar untuk program selanjutnya..


dengan si adik yang terkodek-kodek minta didukung rindukan maknya, kaklong pula semacam gembira menyangkakan dia akan di bawa bersama masuk ke dalam kereta..dengan penuh semangat dia mengambil kasutnya minta disarungkan..malangnya kami terpaksa meninggalkan mereka sekali lagi...


sebagai tanda kecewa, melihat kami menaiki kereta dan terus meluncur tanpanya, kaklong membaling kasutnya tadi...agh!!umpama pedang tajam menusuk ke jantung, terasa mahu gugur airmata melihatkan kekecewaan kaklong..kaklong tidak menangis, tapi dari pandangan matanya, jelas menunjukkan puteri kami itu kecewa....


aduhai anak-anak mak....tolonglah maafkan mak dan ayah...mak dan ayah ada tanggungjawab terhadap tugas..


malam ini kami memilih untuk menginap di hotel tempat kami berkursus..demi untuk mengelakkan kekecewaan yang sama berulang pagi esok..


kak long zubaidah, adik baraqah...insyaALLAH, esok petang mak dan ayah akan pulang dan esok petang kita ke Pantai Merdeka, ok..?


demi ALLAH, kami amat sayangkan kaklong dan adik..


infiniti penghargaan buat ibu dan ayah saya yang sudi menjaga 'ain zubaidah dan 'ainin baraqah..anakmu ni tak habis-habis lagi 'mengganggu' mak dan ayah walau sudah beranak pinak...


selamat hari ibu buat mak dan everyday is father's day buat ayah...:)

1 comment:

  1. Kasihan, sedih... Kasih bonda tiada bertepi. Tidak seperti laut, tetap ada pantai sebagai tepiannya. Kasih ayah terus bersemi... Berat tanggungjawab ibu dan ayah. Selamat hari ibu buat Kak Niza, dan selamat hari bapa buat Dr. Rostam. Huhu. Ucap kat saya selamat hari anak. Hehehe...

    ReplyDelete