assalamualaikum
Di sini saya ingin berkongsi cerita. ia bukan cerita saya, tetapi ia cerita dari seorang doktor pakar berbangsa india dan beragama hindu. Cerita ini berlaku hampir 20 tahun yang lalu. Hospital Tawau pada ketika itu hanya ada seorang pegawai perubatan yang bertugas menjaga 2 wad dengan kapasiti pesakit pelbagai kategori maksimum 40 orang pesakit dalam satu-satu wad. selain wad, pegawai perubatan tersebut juga bertanggungjawab menguruskan klinik pesakit luar. hanya dia seorang..bayangkan..
Suatu hari, menghampiri jam 4.45 ptg, seorang pesakit berusia 8 tahun dengan masalah anemia baru sampai ke klinik untuk temujanji doktor. Pegawai perubatan yang masih muda dan berdarah muda ini mula naik darah dan terus memarahi pesakit ini yang datang bersama abangnya yang berusia 16 tahun. Hanya setelah itu baru dia sedar bahawa dua beradik tadi sudah keluar dari rumah untuk ke hospital sejak awal pagi. Mereka terpaksa menaiki bas dengan tambang rm15 seorang kerana mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman sabah.
Tambah memilukan hatinya, si abang tadi bekerja sebagai buruh kasar di sebuah ladang dengan gaji rm6.50 sehari. Sebagai menebus kesalahannya kerana memarahi mereka, pegawai perubatan tadi memohon maaf dan mahu memberikan duit tambang untuk mereka pulang tetapi kerana sikap menjaga maruah dan bertanggungjawab seorang abang, mereka enggan menerima wang tersebut.
Sejak hari itu, pegawai perubatan tersebut belajar tentang satu perkara yang kelihatan 'simple' dan tidak penting tetapi hakikatnya memberikan impak yang besar kepada seorang pesakit iaitulah SENTIASA PASTIKAN DI MANA PESAKIT ANDA TINGGAL.
Kisah kedua berlaku setelah pegawai perubatan tadi mencapai status pakar di sebuah hospital di utara tanah air. Seorang ibu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana melihat pesakit dengan cepat tetapi efektif sehingga membolehkan ibu tadi pulang bersama anak-anak dan makan tengahari di rumah. Makanya ibu tadi boleh berjimat belanja tanpa perlu makan di luar memandangkan dia datang dari keluarga yang miskin.
Sejak itu, pegawai perubatan tadi lebih berazam untuk datang seawal 6.30 pagi ke tempat kerja supaya dia boleh melihat pesakit dengan lebih awal dan pesakit dapat pulang awal ke rumah untuk makan tengahari.
Mind you, pegawai perubatan yang juga doktor pakar ini bukan seorang muslim. Berapa ramai dari kita yang mendabik dada mengaku muslim, mengaku beriman kepada Allah tetapi dari segi akhlak tidak mencerminkan mukmin yang sebenar. Saya sebak mendengar cerita dari doktor tersebut, membuatkan saya muhasabah diri, sejauh mana hati kita benar-benar ikhlas membantu dan meringankan beban mereka yang miskin. Sebaliknya ramai antara kita yang merungut terpaksa melakukan kerja hakiki kita. tak kurang ada segelintir dari mereka yang kaya sanggup pula menindas mereka yang miskin dengan mengamalkan budaya kerja yang tidak professional, rasuah dan pecah amanah.
Saya mendoakan doktor pakar tadi diberi taufik dan hidayah oleh Allah swt untuk beliau kembali kepada Islam supaya segala kebaikan yang beliau lakukan itu tidaklah sia-sia dan segala dosa yang dilakukannya terampun. Lebih penting, sekiranya beliau kembali kepada Islam, akhlaknya yang baik itu pastinya mencerminkan peribadi seorang Mukmin yang patuh kepada Tuhan Yang Menciptakan kita semua.

Kak, sangat tersentuh dan terharu. Sedihnya baca kisah masyarakat yang mungkin boleh dianggap terpencil ini. Semoga boleh dijadikan pedoman dalam hidup. Terima kasih di atas perkongsian.
ReplyDelete