Saturday, June 19, 2010
ANAK-ANAK KITA
Salam
Lari sebentar dari isu-isu semasa dan kembali semula kepada satu isu yang sangat dekat di hati dan masih lagi menjadi dilema walaupun secara dasarnya sudah pun membuat keputusan apa yang perlu dibuat bila masanya tiba. Satu perkara yang sangat penting untuk difikirkan kerana ia melibatkan masa depan anak-anak kita dan pastinya perkara ini tentulah menjadi satu perkara pokok yang sentiasa bermain di fikiran semua ibu bapa.
Pendidikan.
Masih teringat lagi semasa saya masih kecil dulu bagaimana ibu bapa saya memberikan penekanan tentang perkara pendidikan ini. Ilmu yang dicari adalah tiket untuk menepuh masa depan dengan lebih baik dan tiada apa perkara pun yang mampu menggantikan tempat mencari ilmu ini. Ilmu adalah sesuatu yang sangat bernilai dan wajib dikejar walau bagaimana susah sekalipun dan walau banyak mana sekalipun cabaran yang perlu ditempuhi.
Ilmu adalah pintu kejayaan dan ketenangan.
Namun begitu, ilmu kini seperti menjadi medan untuk bersaing dan pertunjukan di antara satu sama lain sehingga mana intipati pencarian ilmu itu tidak lagi menjadi prasyarat dalam mengejarnya. Ilmu menjadi sumber perniagaan dan ilmu seolah menjadi alat untuk mendera anak-anak kita pada hari ini. Lihat sajalah bebanan pelajaran yang harus dipikul oleh anak-anak pada zaman sekarang. Sejak dari umur 3 atau 4 tahun anak-anak telah pun mula dipasak dengan pelbagai jenis pelajaran dan ujian dan kerja rumah yang pada zaman saya dahulu adalah dikira tidak masuk dek akal.
Anak-anak sekecil 3-4 tahun sudah pun dihantar ke 'sekolah'. Diajar A-Z, mengira, membaca, menghafal dan sebagainya bila mana secara peribadinya saya beranggapan anak-anak ini terlalu kecil untuk dibebankan dengan perkara-perkara tersebut. Bukankah umur-umur sebegitu adalah masa mereka untuk bermain-main meneroka alam dan bermanja-manjaan? Perluklah kita sebagai ibu bapa 'memaksa' anak-anak kita ke sekolah sejak umur kecil hanya kerana tidak mahu ketinggalan?
Saya tidak nampak apakah kelebihannya menghantar anak-anak pada umur terlalu muda hanya untuk memuaskan nafsu ibu bapa yang hanya ingin melihat anak-anak mereka kelihatan pandai dari rakan sebaya lain. Selalu terdengar ibu bapa mendabik dada anak-anak sudah pun pandai membaca seawal umur 3 tahun namun adakah itu sebenarnya cara mereka perlu dibesarkan? Secara peribadi saya menganggap menghantar anak-anak ke sekolah pada umur terlalu muda tidak jauh bezanya dengan penderaan. Inilah yang dikatakan sebagai penderaan psikologi
Bukankah lebih baik anak-anak ini dibiarkan menikmati alam kanak-kanak mereka dengan riang dan gembira? Saya kira tanpa ada kehidupan kanak-kanak yang baik mana mungkin kita mampu menghasilkan manusia-manusia yang hebat dari segi EQ nya. Anak-anak kita sudah cukup terbeban dengan sistem persekolahan rendah dan menengah yang sedia ada. Lihat sajalah orientasi pelajaran di negara kita. Semua adalah berorientasikan keputusan semata-mata. Dari performans para guru dan sekolah sehinggalah kepada performans anak-anak semuanya berorientasikan keputusan peperiksaan.
Anak-anak dihantar ke pelbagai jenis tuisyen samada anjuran sekolah dan yang dihantar ibu bapa hanya kerana untuk memastikan anak-anak dapat lebih banyak A dalam peperiksaan. Bangun seawal 6 pagi untuk ke sekolah, menggalas beg yang hampir sama berat dengan tubuh badan mereka dan pulang lewat petang sama seperti ibu bapa yang bekerja pejabat. Selepas sekolah anak-anak perlu pula menghadiri kelas-kelas tambahan anjuran sekolah. Malam pula diisi lagi dengan kerja rumah bertimbun dan tuisyen. Hujung minggu juga dipenuhi dengan belajar, belajar dan belajar.
Untuk apa semua ini? Semuanya kerana tekanan yang dihadapi oleh sistem untuk menghasilkan lebih banyak A dari sebelumnya. Apa sudah jadi dengan kehidupan anak-anak sekarang? Tekanan hidup seperti ini bukanlah sesuatu yang indah. Adakah kita merancang untuk menghasilkan robot tanpa jiwa dan kreativiti? Anak-anak hanya diajar bagaimana nak menjawab peperiksaan. Hafal, hafal dan hafal. Kerja, kerja dan kerja.
Berbatu-batu jauh bezanya dengan zaman kanak-kanak saya dulu. Tidak pernah menghadiri tuisyen dari darjah 1 hingga 6. Tiada tuisyen juga di sekolah menengah. Tidak pernah guru sekolah rendah saya menyuruh saya membeli pelbagai buku latihan. Sehingga SPM pun buku rujukan saya hanyalah buku-buku teks yang dibekalkan sekolah. Tiada buku rujukan. Petang tiada aktiviti melainkan bermain. Malam tidur awal kerana keletihan bermain. Tiada pula pernah saya perlu berjaga malam hanya kerana kerja sekolah. Adakah saya membesar menjadi bodoh kerana itu? Tidaklah pula. Adakah saya ketinggalan semasa peperiksaan UPSR, PMR atau SPM atau Matrik? Seingat saya, saya jauh ke depan bahkan mungkin lebih baik dari kawan-kawan yang ke tuisyen siang dan malam.
Bukan tujuan membangga diri tetapi adakah saya juga akan terperangkap dengan kitaran rosak ini dengan membebankan anak-anak saya dengan tekanan ini? jawapannya adalah seratus peratus tidak. Pendidikan bukan untuk menghasilkan robot tetapi manusia-manusia yang berhati perut dan berfikiran waras. Apa guna 20 A jika emosinya lebih baik sedikit sahaja dari robot? Apalah guna 20 A jika hidupnya terbeban dari sekecil 3 atau 4 tahun? Saya tidak nampak ianya berbaloi. Anak-anak kita dalah amanah yang tiada nilai gantinya. Mana mungkin kita sebagai ibu bapa mahu menyiksa anak-anak hanya kerana ingin berbangga dengan kebolehan-kebolehan yang pastinya akan mereka perolehi bilamana cukup umur mereka ke sekolah nanti.
Anak-anak zaman ini sudah terlalu terbeban. Tanggungjawab ibu bapalah untuk membantu mengurangkan beban mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam Rostam
ReplyDeleteaku setuju sekolah malaysia agak mendera (exam oriented, tuition, tuition), tapi aku rasa education (and stimulation) must start at birth
aku dah ajar abid abc and alifbata :P - bukan nak dia hafal, tapi untuk train otak dia utk fokus
ni pengalaman adam sekolah umur sejak 3 thn.. sekolah tu playschool- supervised structured play
http://drwati.blogspot.com/2009/08/ruginya-kanak2-malaysia.html
kalau ada time,klik gambar repot cikgu dia tu
aku just nak budak2 ni reach their maximum potential- aku bukan nak mendera diorang :P tolong jgn salahkan aku hehehe
-bas
Salam.
ReplyDeleteSetuju sangat dengan artikel ini.Kak Han sendiri terpaksa melarikan anak-anak Kak Han dari sistem yang membebankan di Malaysia.Walaupun terpaksa berpisah jauh tapi terasa sangat kepuasannya apabila anak-anak dapat belajar dalam suasana yang happy ditambah dengan aktiviti-aktiviti tarbiyah dan merangsangkan minda.Mudah-mudahan mereka nanti tidak akan menjadi robot buatan kerajaan.
Untuk anak-anak yang masih di peringkat rendah di sini,kami langsung mengecualikan mereka dari tuition.Cukuplah dengan apa yang mereka perolehi sepanjang waktu belajar dari pagi sehingga petang di sekolah.Mereka perlukan rehat yang cukup setelah penat memeras otak seharian.Namun banyak mata memandang kami terutama di kalangan saudara-mara yang busy menghantar anak-anak mereka ke tuition seawal usia 7 tahun!Mampukah kami membuktikan kepada mereka bahawa anak-anak tidak perlu terlalu ditekankan dengan bebanan tuition,tuition dan tuition?Mudah-mudahan kami mampu kerana buat masa ini anak-anak kecil ini masih mampu menjadi top scorer di kelas mereka walaupun tanpa tuition..doakan kami ya dik..
Setuju dgn Cara hang bas:) aku pun dok buat mcm tu gak. Mslhnya kat sini benda ni dh mcm regimented. No fun no games except hafal2 ja. Bkn fitrah bebudak tu.
ReplyDeleteSetju Kak han. Kita sama2 doa:)
Aku pun berfikiran begitu,tetapi ada banyak perbezaan mendidik anak sewaktu awal,anakku sejak umur 2 tahun aku tengok dah boleh baca abc sampaiz,kami hantar anak kami tadika ketika umur 6tahun,tetapi mereka telah diajar dengan cd...hasilnya mereka memang bijak selalu no 1..beza pula dengan 2 anak yang aku tidak ajar langsung mereka lemah sedikit..kesimpulannya mereka yang dirangsang otak sejak awal akan mengembang otak 20,30peratus dari kanak biasa,ruginya kalau kita mensiakan umur emas mereka ketika neuron sedang berkembang...bagiku cukup juga jikalau kita gunakan cd,atau buku yang menarik tak perlu hantar anak seawal 3,4 tahun...Memang ada perbezaan ....ketara
ReplyDelete