suatu saya berkeliaran di shahab perdana, lalu terpandanglah mata saya ni akan tajuk utama satu akhbar harian bersaiz tabloid..selalunya saya tak menghiraukan akhbar2 tabloid ni..tetapi hari itu saya amat-amatlah tertarik sampai saya sanggup mengeluarkan RM1.oo dari dompet saya untuk membacanya..
"Hanya Malaysia sahaja yang menjadikan fatwa sebagai hukum dan ia tidak di praktikkan di negara lain di rantau ini. semua ini membuktikan bahawa kerajaan sememangnya berhasrat melaksanakan hukum Islam namun masih banyak yang perlu diperhalusi dalam perlaksanaannya" begitu kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri....
"UMNO akan menggunakan pendekatan yang lebih meluas dan tidak bersandarkan kepada hukum hudud semata-mata tetapi lebih kepada meningkatkan taraf hidup serta memperkasakan ekonomi." katanya lagi..
saya rasa seperti hendak ketawa...dan saya memang ketawa besar membaca pernyataan di atas...hahahhahaha....geli hati saya membaca alkisah cerita lawak ini..
hanya malaysia yang menjadikan fatwa sebagai hukum: ya, saya sokong pernyataan ini.. bila mufti keluarkan fatwa pertandingan ratu cantik haram bagi wanita Islam, mufti tersebut dipecat dari jawatannya. bila Jakim keluarkan fatwa pengkid haram, yoga haram, perdana menteri adalah orang terakhir yang memberi respons membela Jakim setelah berbagai NGO bukan Islam mengancam dan mengkritik. (seorang pemimpin Islam di sebuah 'negara Islam' sepatutnya menjadi orang yang pertama menyokong). so, sememangnya malaysia menjadikan fatwa sebagai hukum tetapi hukum yang DIKETEPIKAN!!!!
dia kata lagi kerajaan sekarang memang berhasrat nak melaksanakan hukum Islam..nak saya tanya, hukum Islam yang mana yang diorang nak pakai..keseluruhan hukum Islam kah atau nikah kahwin saja kah? kalau betul kerajaan sekarang nak melaksanakan keseluruhan hukum Islam dalam hegara Malaysia termasuk HUDUD lepas ni saya sokong kerajaan lah..tapi kalau nak ambil separuh-separuh, Islam yang ada HAD dan HARInya..terima kasih bebanyaklah..boleh jadi bahan ketawa saya je lah...
wallahua'lam..