Rakyat Andalusia menderita..petani terpaksa bekerja keras bercucuk tanam tapi hasil yang diperolehi manjadi habuan para pemerintah Andalusia ketika itu yang berbangsa Gotik. jika mereka melawan mereka akan disiksa dan dibunuh..isteri dan anak perempuan mereka diperkosa..mereka tidak pernah rasa aman malah hidup dalam ketakutan..
sehingga mereka akhirnya meminta bantuan dan menawarkan diri untuk bersama dengan tentera Islam bagi menentang pemerintah mereka.
kedatangan pasukan tentera Tariq bin Ziyad amat mereka alu-alukan..tentera Islam dibawah pemerintahan negara Islam menjaga keselamatan mereka dan keluarga, kerajaan Islam memulangkan kembali tanah kepada para petani..bagi yang Islam dan mampu mereka diwajibkan membayar zakat 2.5% daripada hasil perolehan mereka..bagi yang non muslim diwajibkan membayar jizyah..penjenayah dihukum dengan adil..
sepanjang zaman ketika Islam menguasai 2/3 dunia dan hukum Islam ditegakkan, semua bangsa bernaung di bawah negara Islam. Islam terbukti membawa kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyatnya..terbukti dengan amat jelas..
lalu saya berasa amat pelik bilamana hari ini ketika satu pihak berusaha menegakkan hukum Islam di negara kita, ada lagi satu pihak yang menentang sekeras-kerasnya..dan pihak yang menentang ini terdiri dari pelbagai kumpulan..saya tidak pelik bila nonmuslim merasa takut denan 'negara Islam' kerana itu disebabkan mereka tidak tahu, dan masalah itu selesai setelah mereka diberi penerangan yang secukupnya..lihat saja negeri Kelantan yang sudah 18 tahun diperkenalkan dengan sistem pemerintahan Islam.
tetapi saya amat marah bila yang paling kuat menentang adalah mereka yang mengaku beragama Islam, mengaku menunaikan solat, puasa serta rukun Islam yang lain..lupakan saja pemimpin atasan yang mempunyai kepentingan peribadi..yang mengecewakan saya, mereka yang menentang ini menolak untuk memahami tuntutan Islam selain rukun Islam yang lima itu..mereka menutup segala pintu deria mereka untuk memahami tuntutan rukun Iman yang enam, tuntutan aqidah yang sebenarnya..
mereka menanam rasa ragu-ragu terhadap sistem kehidupan Islam, sistem negara Islam dalam hati mereka..pemimpin mereka yang mengaku beragama Islam mempersendakan orang yang ingin menegakkan hukum Islam malah memperkenalkan pula Islam versi mereka yang hakikatnya jauh menyimpang, sesat lagi menyesatkan..
saya bertambah kecewa bila non muslim berani mempertikaikan hukum Islam disebabkan orang-orang yang tak bertanggungjawab ini.
saya mohon kepada semua pembaca, tolong kaji sejarah pemerintahan Islam, jika ada anda terjumpa fakta sahih yang menyatakan rakyat tertindas, kaum wanita di'double standard'kan, kanak-kanak diculik dan dirogol, bukan muslim dianaktirikan ketika hukum Islam dilaksanakan dengan jujur dan amanah..sila kemukakan disini..
tapi saya amat yakin anda tidaj akan berjumpa dengan semua itu..
kerana Islam itu indah, amat indah..Islam itu merupakan rahmat buat seluruh alam......
wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment