Thursday, January 15, 2009

persahabatan

salam..
saya rindu pada sahabat baik saya..kami makan setalam, pernah sama-sama berjuang dalam jemaah di kampus..tapi setelah masing-masing berkeluarga dan berkerjaya saya terputus hubungan dengannya..bukan saya tidak ada no telefon bimbimtnya..tapi entah kenapa dia tidak pernah mahu menjawab panggilan saya atau membalas sms dari saya..sedangkan panggilan dari kawan2 lain menggunakan nombor yang sama ada juga dilayannya..
saya rasa saya tahu kenapa begitu jadinya..dia marah atau berkecil hati dengan saya..atas kesilapan yang saya akui berpunca dari saya..
sahabatku, seandainya kau membaca tulisan aku ini pada bila2 masa pun, ketahuilah aku ingin memohon maaf daripada mu..aku berjanji keceluparan lisan ini tak akan diulang lagi..aku sangat berharap kita dapat menjalin persahabatan dan persaudaraan seperti mana dulu...

No comments:

Post a Comment