Thursday, January 15, 2009

berbeza tapi serupa

salam...

perbezaan pendapat dan fikiran ialah merupakan aset kepada jemaah. dari perbezaan pendapat dan cara fikir inilah terhasilnya buah fikiran yang bernas dan tindakan susulan yang efektif dan menguntungkan jemaah. namun ia perlulah disalurkan melalui cara yang berhikmah dan diskusi yang berhemah dipandu oleh AlQuran dan Sunnah.

jangan sampai perbezaan pendapat dan cara fikir ini mengundang perpecahan atau pertelingkahan sehingga ada di antara ahli jemaah yang merajuk lalu menyisihkan diri kerana merasa diri tidak dapat diterima oleh sahabat2 lain kerana sikap itu akan merugikan jemaah. setiap individu ahli jemaah perlulah berlapang dada dan bersabar dalam berdiskusi kerana sememangnya kerapkali buah fikiran kita tidak dapat diterima atau disalaherti oleh rakan2 lain. jangan mudah melenting dan melatah bila buah fikiran kita ditolak.

sejak di kampus saya sentiasa berhadapan dengan sahabat2 yang berlainan dan berselisih pendapat..paling ketara ialah perbezaan pendapat di antara muslimin dan muslimat..kesimpulan yang biasa didengar di'luar' mesyuarat ialah muslimin 'bersikap sambil lewa' atau muslimat 'poyo' atau 'berapi'..;p bila keluar kampus, muslimin 'sambil lewa' dan muslimat 'berapi' ni akhirnya menjadi suami isteri..heheh..

sebaiknya teruskanlah menyuarakan pendapat dan fikiran kita yang berbeza itu untuk kemaslahatan jemaah. jangan sekali-kali merajuk atau membawa diri mengikut kepala dan fikiran sendiri kerana bimbang akhirnya kita terjebak dalam perangkap musuh yang bernama syaitan..

wallahua'lam...:)






No comments:

Post a Comment