minggu ni heboh berita 2 doktor kat casualty kena cekup 'culas' buat kerja...
respons saya terhadap isu ni adalah seperti berikut:
- tahniah saya ucapkan kepada m. saravanan kerana telah 'melaksanakan' tugasnya dgn 'baik'..bukan senang ooo nk dpt menteri buat spot check tgk org bawah dia buat keja ke tak...tabik springgggg....MO cabuk kat klinik kesihatan ceruk kampung pun susah nak wat spotcheck kat staf bawah....tgk ada yg ponteng ke tak...(so kena pasang SB ramai) :)
- kelakar pun ada gak timb menteri kita nih....penjawat awam sentiasa disuruh supaya bekerja secara profesional..budaya korporat mestilah diterapkan dan bla bla bla..tp nampaknya timb menteri kita sendiri tidak dapat menjiwai dan mempraktikkan budaya 'bekerja secara profesional' ini memandangkan beliau terus buat kenyataan media tanpa melalui saluran yang sepatutnya..sedangkan mana2 jabatan kerajaan pun dh termaktub saluran khusus utk menyatakan aduan dan ketidakpuasan hati pelanggan.
- setiap orang termasuk kakitangan kesihatan sediri pasti akan ada pengalaman pahit berhubung dengan hospital kerajaan ni.saya sendiri pernah terpaksa menunggu selama 3 jam untuk pemeriksaan neonatal jaundice di sebuah hospital daerah. (sedangkan pada kebiasaannya utk check SBC di hospital daerah atau klinik kerajaan paling lama pun makan masa 1/2 jam...buat juga aduan tentang tu...tulis surat masuk peti cadangan ler...tak perlu nak ke pejabat wartawan Sinar buat report...
Penyayang, professional dan kerja berpasukan budaya kita.
Kami sedia membantu.
Kami sedia membantu.
No comments:
Post a Comment