Sunday, August 30, 2009

cow's head blunder


salam,

Kejadian protes di bangunan suk selangor berkenaan pembinaan kuil di seksyen 23 shah alam membuka pekung orang melayu betapa dangkalnya mereka dalam pengetahuan agama mereka. Membawa kepala lembu bersama untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka menunjukkan kekurangan nilai cerdik dalam diri masing-masing.

Secara peribadi saya menganggap perkara ini amat memalukan kita sebagai orang islam. Percubaan untuk menghalalkan tindakan mereka dengan mengeluarkan hujah bahawa mereka ingin didengari bukan lah satu hujah yang boleh diterima akal. Apa kena mengena kepala lembu itu dengan isu kuil?
Walaupun cuba dinafikan, cuma ada satu saja kesimpulan yang boleh dilihat dari perbuatan mereka itu. satu penghinaan kepada agama hindu yang menganggap bahawa lembu adalah binatang yang mulia dalam agama mereka.

Kenapa perlu dihina agama mereka di dalam hal ini? Jika marah sekali pun kepada kerajaan negeri Selangor yang cuba menyelesaikan masalah kuil ini, adakah itu tindakan yang paling cerdik yang mereka boleh lakukan? Adakah dengan cara menghina agama lain perkara ini akan selesai?


Diketahui umum bahawa kawasan seksyen 19, 20 n 23 mempunyai jumlah penduduk hindu yang ramai. Masalah kuil di seksyen 19 yang terletak cuma beberapa meter sahaja dari rumah penduduk perlu diselesaikan. Tahukah kita bahawa penduduk islam di seksyen 19 menghadapi masalah ini sejak 26 tahun lepas? Tahukah kita bahawa kuil itu pula telah berada di situ sejak shah alam belum lagi dibuka dan dipenuhi dengan estet2? Bagaimana dengan cadangan kuil di seksyen 23? ianya terletak di kawasan industri yang bermakna ianya terletak sekurang-kurangnya 200meter dari rumah orang awam.
satu lagi, ini bukan berkenaan membina kuil baru, ia berkenaan memindahkan kuil sedia ada yang telah ada di situ lebih awal dari orang Shah Alam sendiri.

Memanglah kita mengharapkan ada kawasan lain untuk kuil itu namun adakah ini akan menjadi pemula kepada 'religious intolerance' yang lebih buruk lagi? Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa masjid2 dan surau2 kita juga terletak di kawasan bukan majoriti melayu. Adakah kes ini akan menjadi contoh untuk mereka pula menyatakan ketidakpuasan hati bila kita ingin membina surau atau masjid? Bukankah alasan2 yang sama boleh mereka gunakan untuk menyatakan pendirian mereka? Alasan azan itu bising? Alasan aktiviti masjid mengganggu keselesaan awam? Alasan jalan jam disebabkan aktiviti masjid dan banyak lagi.

Protes tidak menghalalkan kita untuk menghina agama lain. Penafian si pemprotes bahawa tiada kena mengena dengan agama hindu sangat dangkal.
Bolehkan mereka berhenti dari menghina orang kita dengan perbuatan2 kurang akal sebegini? Tidak ingatkah mereka dengan ayat Allah dari surah Al An'am 108: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan" .

MEMALUKAN!!

No comments:

Post a Comment