Sunday, August 2, 2009

RENTETAN MANSUH 1 OGOS 2009


assalamualaikum..

hmm..today i had one whole day googling and surfing the net..
relating to MANSUH 1 ogos..seems that many Malaysians still do not really know what is ISA..or..even if they know, they do not think ISA is related to them..

i have no intention to explain what is ISA here..but i would like to urge those who against the rally, who think the rally is stupid and make your life miserable..(causing you to be trapped in a traffic jam or whatever) please go and look out what ISA is and what miserable thing ISA has caused to those detainees, their wives and children for the past i say 50 years?..

(change language)

Maha Suci ALLAH dari sifat zalim, di padang mahsyar setiap makhluk diberi peluang untuk dibicarakan..(walaupun dah confirm makhluk tu sejahat2 makhluk di muka bumi)
bukti-bukti samada kebaikan atau kesalahan dikemukakan dengan jelas dengan mata, telinga, tangan, kaki, perut, rambut dan segenap anggota badan ini menjadi saksi yang sebenar2 saksi..bukan saksi yang dipaksa memberi keterangan palsu atau saksi yang boleh disogok dengan wang atau rasuah..

sekiranya ALLAH Raja segala Kerajaan bumi dan langit pun bersifat Maha Adil dalam menjatuhkan hukuman kepada makhluknya, bagaimana mungkin manusia yang sifatnya hina di sisi ALLAH swt berhak menjatuhkan hukuman ke atas insan lain yang belum dibuktikan bersalah, tanpa perbicaraan dan sebagainya?

anda boleh mengatakan bahawa demonstrasi serupa itu menyebabkan jadual harian anda terganggu..anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan anda mungkin berisiko untuk dijangkiti H1N1 dan seribu satu alasan lain..ia kerana anda tidak merasakan ISA itu ada kena mengena dengan anda..bukan suami anda yang ditahan selama 7 tahun ( dan tidak tahu berapa lama lagi akan merengkok di kem kamunting), bukan anak, abang, adik,emak, ayah anda..tetapi orang lain yang anda langsung tidak kenal..
lalu kenapa anda perlu menyesakkan diri anda bersama-sama dengan orang-orang yang berhimpun itu?


tolonglah...ISA tidak ada kena mengena dengan saya mahupun anda..tetapi saya merayu tolonglah menjadi lebih sensitif dengan mereka-mereka yang menjadi mangsa ISA..kalaupun anda tidak menghadiri perhimpunan serupa itu, kalaupun anda tidak menyukai perhimpunan serupa itu, kalaupun anda tidak suka menyahut seruan untuk memakai baju hitam/merah semasa keluar rumah (walau di mana anda berada) sempena perhimpunan itu...TOLONGLAH jangan mengutuk mereka yang berhimpun menyatakan bantahan terhadap ISA..


tolonglah sensitif dengan suasana di sekeliling anda..tolonglah peka dengan perkembangan negara kita..tolonglah prihatin dengan nasib ISLAM yang diinjak-injak oleh oleh orang-orang yang mengaku muslim itu sendiri...
jangan hanya leka menonton rancangan kegemaran, mendengar lagu kegemaran, membuang masa dengan shopping yang anda anggap 'terapi'..


ini rayuan hati saya...

wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment