Salam
Sengaja menlis di dalam bahasa kerana apa yang nak ditulis hanyalah sesuatu perkara yang amat menarik perhatian saya baru-baru ini. Melihat gelagat orang-orang kita dalam mengendalikan isu-isu menyebabkan saya terasa nak ketawa pun ada tapi dalam kebanyakkan masanya malu yang teramat sangat. Meminjam kata-kata Doktor Mahathir: Melayu mudah lupa.
Apa yang menarik sangat ni?
Cuba kita perhatikan gelagat orang kita dalam menangani isu pemindahan kuil di Shah Alam. Walaupun sebilangan kecil tetapi itulah sebenarnya mentaliti ramai orang kita bila diajak berbincang. berkelakuan tidak waras sehingga melupakan adab-adab apabila kita berbincang. Secara peribadi saya pernah mengalaminya semasa di universiti dulu. Bila kita ingin berbincang, diajaknya bergaduh. Mungkin kekurangan akal.
Lebih mengagumkan lagi apabila ianya berlaku pada bulan yang mulia ini dimana pengawalan diri itu sepatutnya menjadi sesuatu perkara yang lebih mudah. Bukankah syaitan dikurung pada bulan ini? Kagum dak bila kita melihat mereka mencarut, memaki hamun, menyumpah seranah dengan tanpa ada rasa segan silu dan malu? Saya kagum gila.
Mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya diajak berbincang dan bukan diajak bertumbuk. Melihat video 'perbincangan' antara kerajaan negeri Selangor dengan penduduk menyebabkan saya terfikir. Mereka ni memang dari Shah Alam ke atau dari hutan? Maklumla..Shah Alam ni bolehlah dikategorikan sebagai kawasan orang-orang yang berpendidikan. Maksudnya, kebanyakkan mereka sepatutnya beradab. Tetapi pernyataan itu mungkin kurang tepat jika kita kembali ke zaman universiti saya dulu. Memang wujud golongan yang serupa dengan mereka walaupun di dalam universiti.
Lebih menarik lagi bila membaca komen-komen di dalam blog-blog. Bagaimana sumpah seranah itu dah jadi sebahagian dari proses berdebat. Bila idea tidak diterima, maka mencarutlah mereka sepuas-puas hati mereka. Tiada ilmu, cuma ada ilmu mencarut. Rendah EQnya menyebabkan hilang kawalan diri bila pendapatnya disanggah. Sebangsa dengan mereka-mereka yang diajak 'berbincang' tempohari.
Mudahnya mereka lupa bahawa segala masalah ini bukanlah masalah baru. Masalah dari zaman mak ayah mereka lagi. Memang kesilapan besar kerana kerajaan selangor cuba menjadi adil kepada mereka. Keterbukaan mereka dibalas dengan sikap kurang ajar dan tidak beradab. Kesabaran mereka dan berdiam diri mereka dalam tidak menjawab provokasi membakar lagi semangat mereka untuk menjadi lebih kurang ajar. Apakah agaknya pandangan masyarakat bukan Islam dalam perkara ini? nanti saya try dapatkan respon dari kawan-kawan non muslim saya.
peranan orang-orang ini dalam memburukkan imej umat Islam sangatlah jelas. Sehinggakan saya terfikir benarkah mereka ini orang islam atau ejen-ejen yang ditanam bagi memalukan Islam. Tiada akhlak, rasis, Intolerant, poor judgement, extremist dan sebagainya nampak macam itulah yang selalu digambarkan tentang orang Islam. nampaknya mereka telah menjalankan peranan dengan sangat baik.
Hmm..sebenarnya hati saya masih bulan puas memikirkan sikap mereka ini. Bukan atas dasar kecenderungan saya kepada mana-mana parti tetapi atas dasar saya sebagai orang islam. Cuba mencari-cari satu khutbah tentang adab dalam berselisih pendapat yang pernah dibentang semasa satu sesi usrah tapi tidak berjumpa. Mungkin lain kali.
Monday, September 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment