salam
siapa di dalam dunia ni yang tak mahukan kejayaan? samada kejayaan itu berupa kekayaan harta benda, kejayaan itu dalam bentuk pencapaian dalam kerjaya atau apa saja yang boleh didefinasikan sebagai satu kejayaan pastinya akan dikejar dan cuba digapai. cuba kita tanya sesiapa sahaja di dlam dunia ini adakah ada yang tiada apa-apa yang diimpikan? mustahil tiada? mungkin bentuknya berbeza tetapi semuanya mempunyai noktah yang sama. kejayaan duniawi atau ukhrawi? atau kedua-duanya sekali? atau adakah ada yang tidak mahu keduanya? namun di sebalik setiap kejayaan itu terselit satu pengorbanan yang harus dilakukan demi mencapai apa yang diimpikan. samada ia berbaloi itu dilakukan tidaklah pula dapat dipastikan selagi mana belum kelihatan apa natijah dan hasilnya di kemudian hari. pengorbanan terkadang akan dikesali kerana kegagalan mencapai apa yang dicita. pengorbanan juga akan dikesali bilamana apa yang dikejar tidak berbaloi dengan apa yang hilang natijah pengorbanan itu. pengorbanan itu juga akan diingat dan diulang-ulang sebagai satu kejayaan bilamana kejayaan yang dikejar mampu dimiliki. jadi pengorbanan juga adalah satu bentuk kejayaan dan ia juga mampu menjadi mimpi ngeri sesuatu pencapaian. dan inilah yang boleh digelar sebagai risiko
namun perkara apakah dalam dunia ini tanpa ada risiko? bukankah setiap gerak langkah kaki kita juga mempunyai risikonya yang tersendiri? bukankah setiap detik waktu yang berlalu juga membawa risikonya yang tersendiri? atau mungkinkah kita mampu mengelakkannya bilamana ia datang menjengah? atau mungkin menerimanya dengan hati penuh berat dan penyesalan? atau dengan hati redha dan senang kerana ia datang sebagai guru kehidupan?
di manakah titik pembeza antara pengorbanan yang berbaloi atau tidak? mampukah kita menyimpulkan bahawa pengorbanan itu berbaloi dengan hasilnya? bilamana kita juga tidak tahu patutkah ia dilakukan bila sebenarnya kita ada pilihan untuk tidak melakukannya? di manakah titik pemisah antara perlu atau tidak? di mana titik penyatu antara berbaloi atau tidak? mampukah kita sediakan jawapannya atau kita biarkan masa memberitahu jawapannya? patutkah kita membiarkan waktu menentukannya?
setiap langkah kita memerlukan kita membuat pilihan itu tetapi adakah kita mempunyai kekuatan untuk memilih tidak memilih? adakah ada di sana pilihan untuk tidak memilih atau itu juga adalah sebenarnya satu pilihan? jadi adakah benar jika dikatakan tiada jawapan antara ya dengan tidak kerana setiap jawapan itu sebenarnya adalah reranting ya ataupun tidak. adakah jalan tengah antara memilih atau tidak memilih?
jadi bagaimana? adakah ianya berbaloi untuk kita lakukan? mungkin kita patut menunggu masa menentukan dan pastikan doa yang berpanjangan semoga ianya bukan tersalah pilihan.
dan pastinya kita mengharapkan semoga Allah sentiasa bersama kita membuat pilihan itu.
No comments:
Post a Comment