Wednesday, October 14, 2009

anak itu terlalu istimewa..


(gambar hiasan)


assalamualaikum.

dia seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun.dia tidak kenal siapa ibu dan ayah kandungnya..diambil oleh sebuah keluarga tetapi tidak dipelihara dengan sebaiknya..dulu dia boleh berjalan seperti kanak-kanak lain..tetapi entah apa dosanya dia di dera menyebabkan kakinya cacat tetapi syukur masih boleh berjalan.cukuplah dia di dera sehingga menyebabkan dia kurang upaya fizikal, dia dikurung dan di beri makan bagaikan seekor kucing..tidak pernah didedahkan dengan apa-apa yang bercorak pendidikan..sudah berumur sembilan tahun, jangankan membaca, warna pun dia tak kenal..

nasibnya baik, ada keluarga lain yang jatuh simpati padanya lalu mengambilnya sebagai anak angkat..selepas 6 bulan dia diajar mengenal huruf, kini dia sudah pun pandai membaca AlQuran..dia dihantar untuk bersekolah di sekolah rendah biasa, tetapi guru di sekolah tersebut menolak dengan alasan dia 'cacat'?

sementara mahu mendaftarkan ke sekolah lain, bapa angkatnya yang bagi saya berhati mulia ini menyekolahkannya di PASTI..

saya tanya dia, "adik nak sekolah?"

dia tersengih, mengangguk dan menjawab, "ya!!"

ah! sungguh bersemangat sekali anak ini..

jauh di sudut hati saya mendoakan anak ini membesar menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat..biar orang yang pernah menghinanya dulu sedar anak ini terlalu istimewa walaupun dia kurang upaya fizikal..

saya juga mendoakan keluarga angkatnya yang baru ini akan terus memeliharanya dengan baik..(saya percaya mereka akan buat begitu)

p/s: saya tidak mengambil gambar anak ini dengan tujuan untuk menjaga 'privacy' nya..

may ALLAH bless him..:)

3 comments:

  1. Nice story...Mudahan anak ini akan berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..Tuhan akan melindungi dia..

    ReplyDelete
  3. Kita yang berada dalam lingkungan segala2nya mudah kadang2 lupa ada golongan sebegnini yg kurang bernasib baik. Moga di luar sana, ada ramai yg prihatin sebagaimana keluarga angkat anak yg bertuah ni. (termasuklah diri kita)

    ReplyDelete