Sunday, January 16, 2011

SELANGOR LAGI.....

They will ask thee about intoxicants and games of chance. Say: "In both there is great evil as well as some benefit for man; but the evil which they cause is greater than the benefit which they bring." And they will ask thee as to what they should spend (in God's cause). Say: " Whatever you can spare." In this way God makes clear unto you His messages, so that you might reflect.
Al Baqara 219
O you who have attained to faith! Intoxicants, and games of chance, and idolatrous practices, and the divining of the future are but a loathsome evil of Satan's doing: shun it, then, so that you might attain to a happy state! By means of intoxicants and games of chance Satan seeks only to sow enmity and hatred among you, and to turn you away from remembrance of God and from prayer. Will you not, then, desist? (Al Maeda 90-91)

Assalamualaikum

Hadis riwayat Abu Daud ada menyatakan tentang sepuluh golongan yang dilaknat oleh Allah tentang penggunaan arak ini iaitu: peminum arak, penuang minuman arak, pembeli, penjual, pemerah untuk dirinya sendiri/orang lain, orang yang meminta diperah untuk dirinya/ orang lain, pembawa dan orang yang meminta untuk dibawa. Begitulah beratnya larangan tentang arak ini sehingga Rasulullah menyenaraikan 10 golongan tersebut untuk menunjukkan bahawa umat Islam tiada pilihan lain melainkan menjauhkan diri dari perkara ini. Secara dasarnya, bukanlah susah sangat untuk mengelakkan diri dari yang satu ini kerana kita ada beribu lagi pilihan minuman lain jika tujuannya untuk menghilangkan dahaga mahupun untuk mendapatkan keseronokan.

Namun begitu, masyarakat Islam kita sekarang berlainan pula keadaannya. Arak sudah menjadi seakan air kosong. Mengambilnya tidak lagi menjadi satu perkara yang memalukan. Jarang yang saya berjumpa di tempat saya bertugas berasa segan atau malu bila menceritakan bahawa dirinya mengambil minuman ini. Bahkan ada yang menjawabnya dengan rasa bangga kerana sudah mencuba minuman syaitan ini. Begitu normalnya umat Islam mengambil arak sehingga dosanya tidaklah lagi menjadi satu hal dan sekatan.

Mungkin inilah kesannya bila negara majoriti umat Islam tetapi pemikirannya tidak islam dan tidak mahu menjadi lebih islamik. Tolonglah! menjadi lebih islamik tidak menyebabkan kita menjadi radikal tetapi kita akan menjadi orang-orang yang masyarakat agama lain berasa selamat apabila mendampingi kita.

Adapun halnya dengan orang-orang beragama islam yang menjadi salah satu dari 10 golongan di atas lagilah tidak menjadi hal kerana dengan beralasan bahawa selagi tidak meminum arak tidaklah berdosa, mereka terus-terusan mencari rezeki dari sumber haram tanpa memikirkan bahwa apa yang mereka lakukan sebenarnya secara tidak langsung merosakkan masyarakat melalui kesan besar arak ini dan merosakkan keturunan mereka dengan membesarkan dan memberi makan dari sumber haram. Ketidakfahaman ini bukan sahaja di kalangan orang islam tetapi berjangkit juga kepada orang bukan islam yang sememangnya memahami islam melalui perlakuan/perbuatan dan apa sahaja yang disampaikan oleh orang islam walaupun apa yang diterima itu kebanyakkannya tidak menggambarkan islam.

Bila ini berlaku, akan keluarlah komen-komen dari pemimpin bukan islam yang bagi mereka betul tetapi hakikatnya adalah tidak tepat dan boleh menjadi satu penghinaan kepada umat islam yang tahu. Baru kelmarin kita membaca berkenaan rancangan MPSJ untuk melaksanakan salah satu enakmen syariah melalui larangan umat islam bekerja di tempat-tempat yang menghidang/menjual arak. Rancangan ini secara dasarnya amatlah disokong kerana umat islam sememangnya tiada pilihan lain dalam perkara ini. Namun begitu method pelaksanaannya seharusnya diperhalusi kerana menarik balik lesen perniagaan tuan punya premis bukanlah satu idea yang baik.

Sememangnya saya mahu melihat ianya dilaksanakan dari segi roh undang-undang itu tetapi bagaimana mereka mahu melaksanakan itu yang perlu ditimbang semula. Ini kerana tanpa method yang baik, percubaan untuk melaksanakan undang-undang ini bukan sahaja akan gagal tetapi mungkin mendatangkan fitnah pula kepada orang islam.

Yang menjadi masalah bagi saya adalah apabila undang-undang yang disokong oleh pemimpin islam di Selangor (baca pemimpin pakatan sahaja) tiba-tiba disanggah oleh seorang pemimpin bukan islam pada hari esoknya. Nampak seperti kenyataan pemimpin bukan islam ini akan digunapakai dalam isu yang melibatkan orang islam dan undang-undangnya. Seperti ada dua bahagian pula di Selangor ini. Satu yang agak pro dengan syariah komplians dengan methodlogi yang tepat manakala satu lagi pihak mempunyai pandangan yang agak islamophobia dan berat sebelah. Mungkin ramai yang tidak faham apa yang saya maksudkan tetapi cubalah baca komen YB Teng Chang Khim, YB Ronnie Liu dan YB Hannah Yeoh dalam hal ini dan anda akan faham.

Saya tidak bermasalah dengan mereka kerana apa yang dinyatakan oleh mereka melambangkan kecetekan ilmu mereka tentang agama kita dan mungkin keserongan pandangan mereka tentang islam namun sebelum mengeluarkan kenyataan seharusnya mereka merujuk kepada rakan-rakan pemimpin muslim mereka untuk memberikan pandangan yang tepat dan tidaklah memalukan diri sendiri dan menakutkan penyokong islam mereka. Saya bersetuju dengan pandangan YB Ronnie berkenaan metodologi pelaksanaannya harus diperhalusi tetapi kenyataannya selepas itu saya berpendapat harus diperbetulkan.

Selangor sememangnya dipenuhi dengan kontroversi dan jika bukan BN yang mencetusnya, saya nampak PR pun apa kurangnya.

No comments:

Post a Comment