Tuesday, February 10, 2009

BUTA HATI

ASSALAMUALAIKUM.
saya mulakan entry kali ini dengan menceritakan pengalaman saya semasa cuti hujung minggu baru-baru ini..
sabtu 7/2/2009, lebih kurang jam 2 petang (saya sedang makan tengahari selepas baru pulang dari bersiar-siar sekitar shah alam) saya memasang telinga mencuri dengar perbualan sekumpulan beberapa orang yang saya istilahkan 'persidangan UMNO'..
"padan muke die..tak sampai setahun memerintah dah melingkup..beli CAMRY pun tak sempat nak panas punggung..hahahahh"
"sape suruh die pi jadi barua cina!!!!"
"kita takde masalah kalau kerajaan tu majoriti org melayu macam pas di kedah dan kelantan..kita sokong!!ini cina yg ramai..."
"yang deme bagi tanah kat orang cina..kat sekolah cina..orang melayu tak dapat apa2.."
dan banyak lagi dialog2 yang memanaskan telinga dan hati saya dan suami..hampir mati selera saya ketika itu..ikutkan nafsu ammarah, mau saya lempang mulut yang menyebut perkataan 'barua' itu..tapi dek kerana usianya jauh lebih tua dari saya, tambahan pula kami baru saja berkenalan beberapa jam sebelum itu, istighfar dapat meredakan sedikit kemarahan..
dari pemerhatian saya, rata2 yang befikiran seperti org2 diatas kebanyakannya berpendidikan rendah dan agak jauh dari rumah ALLAH dan majlis ilmu agama..bukannya saya memandang rendah tahap pendidikan mereka, tetapi saya jelik dengan sikap tidak mahu menerima kebenaran..sikap menegakkan benang yang basah..sikap denial..sikap membutakan mata dan memekakkan telinga..tidak mahu mendengar nasihat dan pendapat orang lain..saya benci dengan attitude bodoh sombong...
kebanyakan dari mereka ini hanya percaya apa yang mereka mahu percaya..sanggup diperbodohkan oleh media yang berat sebelah dan mempunyai pemikiran yang tertutup dan tidak profesional..saya tidak hairan jika mereka yang di kampung2 yang sukar menerima akses internet hanya bergantung kepada akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Sinar, Kosmo..sesekali akhbar Harakah dan Suara Keadilan ...hanya berpandukan kepada televisyen yang dikuasai oleh golongan tertentu untuk memperoleh maklumat..tapi orang2 yang bercakap sepeti di atas ialah di kalangan mereka yang tinggal di bandar besar seperti Ampang dan Pulau Pinang yang capaian internet ada di dalam rumah mereka..
mereka membesarkan isu pemberian tanah kepada orang cina..tindakan kerajaan PR mengembalikan bantuan kepada sek agama rakyat (SAR), menaikkan elaun guru SAR tidak pula diwarwarkan..bila kerajaan PR yang majoritinya PAS di Kedah menaikkan kuota rumah kepada org Melayu 50%, yang paling kuat menentang dan menghentam ialah orang dari Barisan Nasional dan UMNO, peruntukan dari kerajaan pusat (Barisan Nasional) kepada kerajaan negeri Kedah dinafikan...dan seribu satu penganiayaan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional kepada kerajaan PAS di Kelantan..
berbuih sudah mulut memberikan penerangan supaya mereka membuka mata mereka..namun nampaknya hati mereka masih dihijab dari menerima kebenaran..hati mereka masih dibekukan dan dipalingkan sehingga tidak dapat membezakan antara yang Haq dan yang batil...

ya ALLAH, janganlah Engkau Palingkan hati kami setelah Kau memberikan kami petunjuk..berilah kami kekuatan utk terus berjuang mengagungkan perintah Mu..tetapkanlah kami dalam iman..dan bukakanlah hati kami utk menerima kebenaran..

No comments:

Post a Comment