Tuesday, February 10, 2009

ke'TUAN'an melayu

assalamualaikum
kali ini saya masih ingin bercerita tentang pengalaman cuti hujung minggu baru-baru ini...
saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari shah alam ke sungai petani..dalam perjalanan itu kami singgah di ipoh, pada mulanya kakak saya berhajat hanya utk membeli pasu bunga..tapi kemudiannya diselitkan dengan agenda ronda2 bandaraya ipoh mungkin kerana ayah saya ingin melihat bandaraya ipoh..sekaligus kami melalui kediaman MB Perak dan Istana Kinta..malangnya jalan ke Istana Kinta ketika itu ditutup..kediaman MB pula dikawal rapi oleh unit amal..tiba2 kedengaran satu lagi komen yang memanaskan telinga saya.."ayah ni fanatik betul!!" sudah tentu ayah tidak mendengarinya kerana kami dalam MPV berlainan..(kalau ayah saya dengar mahu si luncai-gelaran ayah kpd orang ini- dibahasakannya..)
saya dan suami pelik, ntah apa yg fanatiknya pun kami tidak tahu kerana kami tahu ayah ingin melihat keadaan sebenar bandaraya yg menjadi tumpuan negara itu..namun saya dan suami mengambil sikap "biarkan si luncai terjun dgn labu-labunya" kerana yang bercakap itu tidaklah secerdik mana, hanya tahu bercakap..tak perlu berdebat dengan orang yang attitude dan pemikirannya seperti si luncai..(perkataan 'si luncai' itu saya pinjam dari ayah)..saya pun tidak berniat utk melaporkan pada ayah kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan mereka.
kemudian kami melalui jalan yang berdekatan kuil...maka jalan itu sedang sesak kerana dipenuhi oleh penganut agama Hindu yang meraikan Thaipussam.
si luncai tadi berkata lagi.."tengok nih...bukan main eksyen lagi orang hindu..sekarang bercakap dah tinggi hidung..ini semua gara2 hindraf.."
lalu suami saya tanyakan dia satu soalan 'bodoh'.."kenapa?sebelum ni mereka tak boleh berarak macam ni ke?" soalan ini hanyalah utk 'fire' balik kenyataan tadi.. lalu dia terdiam..

orang yang mengaku dirinya berbangsa melayu heboh dan kecoh 'mempertahankan' ketuanan melayu..timbul persoalan di sini, ketuanan yang bagaimanakah yang mereka maksudkan..? adakah ketuanan itu bermaksud tanah melayu ini, bumi malaysia ini hak orang melayu sahaja dan bumiputera? bangsa lain tidak berhak utk memijak tanah milik ALLAH ini? adakah tanah yang diduduki dan diusahakan oleh bangsa lain pun milik org melayu?

jika benar begitu, kenapa kawasan yang asalnya tanah rezab org melayu, dibangunkan tetapi kemudiannya dijual kepada bangsa lain? angkara siapakah ini..? contoh terdekat dengan saya ialah di Alor Setar semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, tanah rezab org melayu di ambil menggunakan kuasa Yayasan Islam Kedah, dibangunkan dan dimonopoli oleh bangsa cina..penyudahnya orang melayu hanya layak berniaga di bawah pokok tepi jalanraya didalam gerai yang bertiangkan buluh berbumbungkan kanvas..(orang sini panggil 'kedai catok')..ini adalah angkara mereka yang kononnya memperjuangkan ketuanan melayu..mereka ini yang menamakan diri mereka 'United Malay Nation Organization'.
golongan ini juga yang saya katakan sebelum ini menghentam kerajaan negeri Kedah sekarang kerana menaikkan kuota perumahan kepada Melayu 50%..

saya paling benci pemikiran sempit, cetek dan dangkal berbau perkauman ini, semangat nasionalisme yang berakar umbi didalam sanubari org2 melayu hingga menyebabkan mereka buta dan menafikan hak orang bukan melayu..entah apalah yang dibanggakan sangat dengan 'kemelayuan' itu..
kesamarataan yang diperjuangkan oleh PAS adalah berdasarkan Islam..keadilan yang diperjuangkan oleh PAS adalah 'meletakkan sesuatu kena pada tempatnya' bukannya kesamarataan seperti dalam filem Bujang Lapok..Islam tidak kenal warna kulit, warna mata, warna rambut ataupun warna darah..sejak dari dulu Islam terkenal dengan keadilan dalam memerintah...Islam amat menjaga hak manusia walaupun yang bukan Islam..Islam amat melarang keras perjuangan yang berteraskan nasionalisme dan assobiyah ini..

entah bagaimana lagi mahu dibuktikan kepada orang2 yang berfikiran dangkal ini bahawa Islam adalah penyelesaian terbaik bagi segala permasalahan makhluk yang bernama manusia..

No comments:

Post a Comment