Thursday, January 14, 2010

BAGAIMANA SAYA MAHU MENOLONG?


bagaimana saya mahu memulakan ya?

hari ini hati saya diserang rasa gusar lagi..

"doktor, badan saya sakit-sakit..sudah sebulan lebih..kalau sedang duduk, untuk bangun berdiri saya memerlukan seseorang untuk membantu saya.." ujarnya memula bicara..

"puan pernah jatuh ke atau kemalangan sebelum mula rasa sakit?" soal saya.

dia tunduk..kolam matanya bergenang..

"err..ada, doktor..sebenarnya saya ada masalah peribadi..disebabkan tu saya kena pukul.." dia menjawab perlahan.

tangan saya yang sedang ligat menulis terhenti. di fikiran saya terlintas sesuatu yang tidak baik namun saya berdoa moga-moga sangkaan saya itu salah.

"boleh doktor tahu, siapa yang pukul puan?"

"suami saya, doktor.."

DANG! jangkaan saya tepat..

oh! kali pertama didatangi kes begini walaupun hakikatnya gejala sosial ini bukan lagi baru di dalam masyarakat membuatkan saya tergamam dan bingung seketika..

ibu kandungnya sudah meninggal dan ayahnya telah pun berkahwin lain..
dia bersekolah setakat tingkatan 3..dia berkahwin 4 tahun lalu dan sekarang dia berumur 18 tahun..dia baru saja melahirkan anak kedua 45 hari yang lalu..

ah..saya masih gusar dan bingung..mahu menulis pun sugah kehilangan kata-kata..

akan di sambung bila hati kembali tenang..

No comments:

Post a Comment