Thursday, January 7, 2010

DI SEBALIK KEMELUT NAMA ALLAH


Salam,

Inilah dia isu terhangat di pasaran sekarang ini. Dalam pada mahkamah memutuskan bahawa the Herald layak menggunakan nama Allah di dalam terbitannya, orang islam di negara ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang selama ini tidaklah berapa syariah friendly tiba-tiba inin menjadi hero dan menuduh sekumpulan lain yang syariah friendly tidak ada sensitiviti terhadap isu ini.
Itulah dia apa yang akan berlaku di dalam Malaysia untuk apa-apa isu sekalipun.

Orang Islam sudah terlalu sibuk untuk mengenakan orang Islam yang lain tanpa kembali kepada asas pokok perbincangan. Walaupun diketahui umum bahawa penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam ini sudah pun diberi pendapat oleh kalangan alim seperti dr Yusuf Al Qardawi, namun ia sebaliknya dipinggirkan. Keadaan ini dimanipulasi pula untuk kepentingan 'political mileage' pihak yang tertentu.
Apakah isu yang patut difikirkan bersama pada masa ini?

Pada pandangan peribadi saya adalah isu meningkatkan lagi kefahaman di kalangan umat Islam terhadap agamanya sendiri. Isu memajukan lagi sistem pendidikan agama di negara ini agar anak-anak kita tidak terkeliru dengan penggunaan nama Allah oleh agama lain. Isu memantapkan akidah anak-anak kita dan orang-orang kita agar tidak terkeliru dengan ajaran agama lain.


Kecelaruan dan kelemahan dalam sistem pendidikan agama menyebabkan anak-anak kurang keyakinan dan kurang penghayatan kepada perkara pokok agama. Apa yang lebih dipentingkan adalah samada mereka mampu dapat A dalam subjek ini atau tidak. Ditambah pula dengan kecelaruan fahaman sesetengah pihak yang menyebabkan agama ini tiada apa isimewanya berbanding agama lain.
Isu termudah: aurat, alkohol dan perjudian, dadah, maksiat dan sebagainya.

Mana mungkin kita mampu melindungi anak-anak kita dari anasir kesesatan jika sekiranya isu pokok pun mereka persoalkan. Apakah dinding pertahanan yang kita bekalkan kepada golongan ini jika sekiranya roh pendidikan agama itu tidak wujud pun dalam sistem kita?
Haruskah kita bersorak dan membuat bising dengan kerja-kerja pendakyah agama lain sekiranya di pihak kita pun tiada apa-apa usaha untuk menahan dan membalas balik serangan-serangan ini.

Lihat sahaja segala isu berkenaan Islam di negara kita ini. Siapa yang biasanya akan menjawab? Jika bukan golongan cendekiawan islam dari bukan kerajaan, tiadalah satu kenyataan dari JAKIM, IKIM dan sekutunya melainkan kenyataan mereka itu nampak memberi kelebihan kepada pihak memerintah.
Mengapa institusi agama ini dikekang dan diikat dengan segala macam kekangan dan sekatan? Bukankah mereka golongan cerdik pandai agama yang mestilah mahir dalam segala isu berkenaan agama ini? Mengapakah orang yang tiada kefahaman agama dan orang yang tiada jiwa agama diberi kebebasan bercakap tentang agama ini walaupun tidak layak?

wajar kita bising jika kita sendiri pun lemah longlai dan lembik tak bertaring?

Menggunakan agama sekadar bahan manipulasi membakar sentimen dan meraih sokongan.


Amat malanglah nasib golongan ini di sisi Tuhannya

No comments:

Post a Comment