Sunday, June 14, 2009

LAUTAN YANG BERGELORA ITU...


assalamualaikum...


Lautan yang bergelora itu..
Ya..lautan yang bergelora itu sememamngnya bisa melemaskan manusia..


Saya dalam perjalanan ke langkawi menaiki feri Alaf Baru.. saya bersyukur dalam feri tersebut Allah menempatkan saya di bahagian hadapan feri bersebelahan tingkap, betul-betul berdekatan dengan lautan.. hajat di hati pada awalnya saya hanya mahu melelapkan mata di dalam feri memandangkan malam sebelum itu saya kurang tidur..:) tetapi entah kenapa mata tidak mahu lelap..saya leka memerhatikan laut yang bergelora itu..:)


Betapa besarnya kuasa Allah menciptakan lautan itu..geloranya juga bisa menenangkan fikiran insan yang berserabut dengan 1001 macam permasalahan dunia..


Ya sungguh..saya amat tenang memerhatikan ombak di sepanjang perjalanan itu…somehow, fikiran saya betul-betul kosong..kalaupun ada keserabutan, ia seolah-olah dibawa pergi bersama dengan ombak itu..
Perjalanan hidup melebihi suku abad ini diimbas kembali..


Sejak dari kecil saya dididik mengenal ALLAH..saya di ajar solat dan mengenal Al-Quran..saya menurut arahan mak dan ayah saya sebagaimana anak-anak lain menurut kata ibu dan ayah mereka (walaupun ada juga sesekali nakal menjengah..)

Dari darjah 1 sehingga saya lulus dengan baik dalam SPM, niat saya pada ketika itu hanyalah semata-mata untuk diri sendiri..saya mahu jadi pandai sebab saya mahu kerja besar, rumah besar, kereta besar..saya tidak mahu hidup dalam keadaan susah dan miskin..saya mahu jadi pandai sebab mak dan ayah saya mahu saya jadi pandai..saya belajar rajin-rajin ( tak la rajin sangat pun…) sebab saya mahu berjaya seperti kakak dan abang saya..hanya itu….


Saya hanya betul-betul mengetahui tujuan Allah melahirkan saya di dunia ini hanyalah setelah saya menjejak ke alam universiti..syukur, Allah melorongkan saya untuk menjinakkan diri dengan usrah..syukur, Allah melorongkan hati saya untuk mengenal jemaah..syukur saya yang tak terhingga kepada Allah kerana mengurniakan kepada saya nikmat berjemaah…


Kini saya sedar saya hidup bukan semata-mata hanya untuk diri sendiri..


Saya dilahirkan untuk menyerah diri kepadaNya..saya dilahirkan untuk menjadi HAMBA kepadaNya.. ALLAH mentakdirkan saya menjadi seorang doktor bukan semata-mata untuk membantu insan lain.. tetapi yang lebih utama ialah membantu agamaNya..



Lautan yang bergelora itu
Bisa menenggelamkan insan dan melemaskannya…
Menghanyutkan jasad hingga ke tepian pantai..
atau mungkin juga terus berkubur di dasar lautan itu..
begitu juga gelora kehidupan dunia..
bisa menenggelamkan insan yang alpa..
yang lupa asal usul kejadian..
yang cuba menafikan tujuan dia melayari kehidupan..
malang jika dia terus tenggelam dan akhirnya lemas
dengan kemewahan palsu bernama dunia..
bernasib baik jika dia kembali sedar..
berpaut di kekayu..
kembali ke pesisir pantai..
di beri peluang kedua untuk kembali menebarkan layar kehidupan
bijak dan beruntunglah dia,
sekiranya dalam pelayaran itu
sempat ia mencari bekal bersumberkan dari lautan
menuju kehidupan hakiki di akhirat…

-ummu_mujahid
14 jun 2009
naka

1 comment:

  1. Walaupun hanya melihat kepada laut, orang yang berfikir akan tetap mendapat pengajarannya

    ReplyDelete