Wednesday, June 10, 2009

pengajaran dari cerita RAMBO (????)


assalamualaikum..


tajuk entry kali ini mungkin kedengarannya macam pelik...


semalam saya menaiki feri dari kuala kedah ke langkawi..seperti kebiasaannya krew feri akan menayangkan filem sepanjang perjalanan tersebut..dan semalam, krew feri menayangkan filem RAMBO...hmm..saya pasti anda semua yang segenerasi dengan saya atau lebih "lama" pasti akan ingat dengan dengan filem RAMBO lakonan silvester stallone ini..


kebiasaannya saya amat tidak meminati filem bercorak aksi ganas e.g perang dsb..begitu juga kali ini..peringkat awal filem ini saya langsung tidak berniat untuk menonton walaupun skrin tv betul-betul di hadapan muka saya!!! saya lebih tenang dan damai melayan ombak..jiwang le sekejap...


tiba-tiba bila sampai ke satu adegan tentera vietnam menyerang perkampungan orang awam dengan mortar, bom, senapang (machine gun kot?) dan sebagainya ALLAH menggerakkan mata dan hati saya untuk menonton filem itu..ditunjukkan dengan jelas manusia terkena tembakan dan hancur tubuhnya, putus kaki dan tangan, kepala tercabut dari leher dengan darah yang memercik..(penumpang di sebelah saya sudah pun memejamkan mata kerana terasa amat ngeri)..

saya terpaku dan terus menatap tanpa berkelip adegan itu yang sememangnya sangat kejam dan amat kebinatangan.ditunjukkan lagi adegan penduduk kampung tadi dipaksa berlari didalam sawah yang dilemparkan bom didalamnya..(once bom tersebut itu dipijak, tubuh pun berkecai dan bertebaran..macam altantuya kot...)


YA ALLAH...apa khabar agaknya saudaraku di PALESTIN..?


fikiran saya bukannya tertumpu pada filem tadi...tetapi adegan tadi melayangkan ingatan saya kepada saudara-saudara di Palestin..



sekejam inikah zionis terhadap mereka, malah lebih kejam lagi...

bagaimana agaknya perasaan saudara-saudara saya?

takutkah mereka?

atau...

ALLAH sudah mencabut ketakutan mereka terhadap zionis..

diganti dengan keberanian berjihad demi agama dan tanah air...

meninggalkan saya di tanah air yang masih lagi cuak

kalau-kalau terpaksa berpisah dengan keluarga...

mungkin jua ALLAH sudah buang dari hati mereka

perasaan cinta kepada nikmat dunia

diganti dengan cinta kepada mati syahid dan rindukan syurga ALLAH...

meninggalkan saya yang masih di sini

yang masih terkial-kial memburu nikmat dunia yang sementara...


ya..filem RAMBO sememangnya produk Hollywood, USA..tapi dari John Rambo itu saya belajar : LIVE FOR NOTHING OR DIE FOR SOMETHING...



SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH KERANA ALLAH DAN UNTUK ALLAH....


No comments:

Post a Comment