“beep!beeb!” telefon bimbit Aminah (bukan nama sebenar) berbunyi menandakan satu SMS masuk dalam inbox. Tanpa lengah Amnah pun cepat-cepat check (kot-kot la SMS dari tunang)..
“ salam. Satu program khidmat kesihatan akan diadakan di kampong Fa So La anjuran Pemuda cawangan kg Fa So La pd 7/5/2008 bermula jam 9 pg. di pohon kepada sahabat yang mempunyai kelapangan dapat hadir ke program. Sila reply sebelum 5/5/2008 kepada ana”
Aminah pun melihat pada kelendar..”hmm..hari ni dah 3/5/2008..awat la depa ni habaq lambat…macam mana aku nak pi…aku oncal..lain kali program 7hb baik 23hb baru habaq..” rungut si aminah dalam hati..
( 2bulan berlalu…)
Handset berbunyi lagi…aminah ingat tunangnya jefri (juga bukan nama sebenar) yang hantar SMS…maklum la…lagi 2 bulan lagi nak kahwin..sibuk duk discuss persiapan perkahwinan la kononnya..
“salam. Usrah muslimat akan diadakan di rumah si folan bt si folan dan suami pada 15/8/08 jam 2.15ptg. harap sahabat dapat hadir.sila reply sebelum 14/8/2008”
Aminah tengok calendar lagi…hari ni 15/7/08..hmm lagi sebulan…tapi dah plan nak pi tempah baju pengantin dengan jefri…hmmm macam mana nih…? Tak pa lah kemudian la pikir..
Pikir dan pikir campur berangan syiok nak kahwin..sibuk cari mak andam untuk mekap cantik2..cari jurugambar nak amik gambar kahwin cantik2 (leh tayang kot facebook)..aminah langsung terlupa..
(setahun pun berlalu..eh macam drama pulak)
sedar-sedar dah pun mengandung 8 bulan..sedang aminah bersukaria dengan suaminya excited nak menimang cahaya mata yang pertama…buat ultrasound 3D, specialist kata baby girl..plan dgn husband nak bagi nama Sumayyah sempena wanita pertama yang mati syahid..
“beep!beep!” isk handphone ni tak berenti berbunyi lah…kacau tul…
“salam. Usrah alumni akan diadakan pada 2/10/09 bertempat di rumah si anu bt si anu di kg pening lalat pada jam 3.00 ptg. Semua dijemput hadir.”
“alahai diorang ni…buat time2 ni..ayang dah sarat camni..tak larat la nak gi…” sungut aminah pada suami yang amat dicintainya…jefri hanya diam, no komen..timbul rasa kesian kat isteri yang sangat dicintainya juga itu yang dah sarat mengandung…
SENARIO 2
Fatimah (bukan nama sebenar) dan sahabat-sahabat berkumpul di hadapan Star Parade sebelum bergerak ke tampat program khidmat kesihatan.
“baru-baru ni ana jumpa aminah kat conference..ana nampak dia dah lain la sekarang nih…” katanya..
“lain camne tuh? Ana lama dah lost contact dengan dia..” sambut Zuraida (bukan nama sebenar)
“malas nak cakap la lain camne…nanti jadi mengumpat lak..ni untuk program ni anti tak de ajak dia ke? Dia kan duk area sini gak..?”
Zuraida terdiam seketika…dia tarik nafas panjang… “sebelum ni ana dah ajak dia banyak kali..awal-awal grad dulu, ada gak dia reply..pas tu lama-lama ana anta SMS dah tak berjawab dah..ana pun tak tahu no phone dia tu valid lagi ke atau dia dah tukaq no…”
“anti dah fed up la nih nak contact dia…?” Fatimah serkap jarang…
Zuraida tertunduk..sedih..terkilan bila terkenangkan sahabat karibnya itu… timbul juga rasa bersalah di hatinya kerana gagal mengikat aminah dalam ikatan ukhuwwah..
Assalamualaikum…
Sengaja saya mereka cerita pendek ala-ala cerpen yang tak de nilai sastera ni untuk kita sama-sama muhasabah..watak dalam cerita ni tak de kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah meninggaldunia, tetapi hakikatnya ini adalah reality yang berlaku di kalangan kita ahli jemaah yang di tarbiyyah di kampus mengikut manhaj yang sistematik..
Sesak dalam jiwa saya ni untuk mengulas situasi-situasi yang digambarkan di atas tetapi sengaja saya simpan dulu kerana saya mahu mendengar komen dari sahabat semua…
Wallahua’lam..
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Kau beri kami petunjuk dan hidayah..tetapkanlah hati-hati kami dalam iman dan perjuangan menegakkan agamaMu..
Hang sesak? Aku sesak juga...dan yang menyedihkan mungkin akulah yang tak pegi usrah tu
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletebagi saya, apabila ALLAH tarik nikmat kemanisan dalam berjemaah dan berukhuwah situasi ini akan berlaku....banyak faktor menyebabkan berlaku situasi ini...salah satu mungkin faktor keluarga...juga faktor hanyut dalam dunia sendiri...
oleh itu sahabat yang sedang menikmati manisnya ukhuwah dan jemaah perlu menarik sahabatnya kembali...memang susah, tapi perlu buat juga..
(andai ia semudah bicara)
wallahua'lam