Sunday, June 28, 2009
UKHUWWAH: ISU EVERGREEN YANG TIDAK PERNAH SELESAI? (part 2)
“salam.sue (bukan nama sebenar) apa kabar?saja je anta msg ni.dgr berita anti dapat sambung master..” suatu hari saya menghantar SMS kepada seorg sahabat.
Sudah teramat lama sebenarnya saya tidak bertanya khabar sahabat saya yang seorang ini memandangkan sebelum ini beliau tidak pernah melayan SMS dari saya. Namun perkembangan dirinya tetap saya ikut secara senyap2..lalu bila sampai berita yang sue dapat menyambung kepakaran, saya mencuba nasib..tetapi saya tidaklah menaruh harapan yang tinggi..
“baik..alhamdulillah..sue sihat..a’ah..sue dapat sbg master kat KL..ija apa kaba? Tak minta master k?”
Saya amat2 terperanjat dan saya berasa amat2 gembira bila SMS saya kali itu mendapat balasan..cepat2 saya reply.. “ija macam biasa, Alhamdulillah..belum minta master lagi, bagi husband dulu..insya ALLAH mungkin next year”
“ija..sue rindula nak usrah..lama dah duk lagho..sue ingat balik KL nanti sue nak cari usrah la..ija ada contact?”
Alhamdulillah..saya memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ALLAH swt..ya..benar seperti katanya..sue banyak berubah..jika dulu sue menjaga auratnya dengan begitu sempurna, tapi sekarang fesyen pakaian sue seolah2 sue tak pernah menerima tarbiyyah..aktiviti gerakkerja pun sue tak pernah kelihatan seperti terlibat..membuatkan saya berasa sangat susah hati dan sangat bersalah kerana merasa diri gagal mengikat sue dalam ukhuwwah jemaah..
“ija tak pasti sangat..tapi ija boleh tolong tanyakan kot-kot ada senior di sana..” lalu saya usahakan mencari contact untuk sue di sana..sampai hari ni saya kembali tidak pasti samada sue manfaatkan no telefon yang saya beri atau tidak…tetapi jauh dalam hati, saya tetap mendoakan sue..
Sampai hari ini saya terus bertanyakan diri saya..sesekali saya discuss dengan suami..apa factor seseorang itu berubah?kerja? suami? Persekitaran? Ukhuwwah tak mantop?
Sue bukan kes terpencil..malah ramai lagi..saya masih ingat seorang demi seorang sahabat-sahabat saya semasa di kampus..tetapi yang saya tahu perkembangannya hanya segelintir..yang lain ntah ke mana..saya cuba berbaik sangka, mereka tetap istiqamah dengan perjuangan di tempat masing-masing dengan cara masing-masing.
Terkilan juga di hati..bila ada di antara sahabat yang minta supaya dihubungi untuk usrah etc, tetapi bila sudah dapat dihubungi berbagai alasan diberi untuk tidak hadir setiap kali program..
Tidak kurang yang merungut..kat sinun tak der usrah..kat sinin tak der usrah..usrah asyik tak jadi..lama2 lost contact tak tau ada ke tak usrah..tapi bila diajak untuk gerakkerja..bantu dalam pilihanraya..buat program khidmat kesihatan, selamba kata tak leh join..bagi alasan tak der orang jaga anak, jaga suami, jaga ayam itik ataupun kambing..pendek kata everything under the sun dijadikan alasan..bila kita minta anjurkan usrah kat rumah dia, langsung senyap..(jauh sekali la nak mengoffer rumah sendiri, tul tak?)
Sekali lagi saya menyoal diri saya..apa tujuan kita join jemaah sebenarnya? Apa yang kita harapkan dari jemaah? Do we expect jemaah will give everything to us? Setiap kali pun mengharapkan orang SMS, telefon,e-mail kita ajak kita ke usrah, program, family day etc..tak de inisiatif dari diri sendiri untuk ambil alih peranan dari orang yang sentiasa diajak kepada orang yang menganjurkan program..mengendalikan program..takde insiatif untuk offer, jom buat usrah kat rumah saya..makan takpe saya tempah catering..
Ada juga yang boleh bagi komitmen untuk mengikut usrah jemaah lain (eg ABIM/JIM/HALUAN dsb) tetapi tak boleh bagi komitmen untuk jemaah yang dia telah berbaiah taat setia akujanji..saya tidak menghalang sahabat untuk mencari sumber alternative untuk usrah..silakan, itu lebih baik dari diri dibiarkan gersang tanpa pengisian dan peringatan, tetapi yang saya kecewa bila sahabat meremehkan komitmen terhadap jemaah yang kita sama-sama yakini dan berbaiah..
Pesan saya buat adik2 di kampus..samada anda adalah pimpinan tertinggi ataupun ahli cokia macam saya..sebaik sahaja anda keluar dari kampus, jangan harap akan ada orang2 di luar yang akan datang menyambut, memBELAI dan meMANJAkan anda bagai menatang minyak yang penuh,menawarkan atau melantik anda untuk memegang jawatan di peringkat pusat, negeri, kawasan hatta cawangan sekalipun. Ya, saya akui anda ada banyak idea2 baru yang segar untuk dibawa ke dalam jemaah tetapi sebelum anda terjerit2 minta suara anda didengari, idea anda ‘dihargai’ anda perlu sama2 turun bekerja di lapangan bersama dengan pakcik2, makcik2 penoreh, pesawah atau nelayan..SILA BUKTIKAN KOMITMEN ANDA UNTUK BEKERJA..sehingga itu, jangan ingat anda seorang graduan, kononnya anda adalah termasuk dalam golongan PROFESIONAL DOKTOR/ JURUTERA/ DENTIST/ DIETICIAN/ PHARMACIST/ PEGUAM etc orang akan dengar atau ‘pakai’ idea anda yang berapi2 itu..
Percayalah, setelah anda berjaya membuktikan komitmen anda untuk bekerja, pada ketika itu anda tidak perlu menjerit-jerit pakai mikrofon..bahkan, orang akan datang pada anda meminta sumbangan idea yang bernas dari anda..
Buat sahabat2 yang telah pun berada di luar kampus..jom, sama2 kita bangun dari lena yang panjang..jom kita sama2 lakukan sesuatu untuk menyumbang kepada ISLAM..jangan lagi kita mengharapkan sahabat2 untuk mengajak kita..sila offer diri anda kepada jemaah..jangan biarkan diri kita terus-terusan mengharapkan jemaah memanjakan dan membelai kita..jangan biarkan diri kita menjadi sebab kawan2 kita merasa bersalah kerana tak dapat mantapkan ukhuwwah dengan kita..sewajarnya diri kita sendiri yang wajib menjaga ukhuwwah yang telah kita sama2 jalin sejak zaman kampus agar tidak terurai menjadi benang yang reput..(chewah ayat sastera tuh..)
Ayuh muslimat! Infaqkan jiwa ragamu untuk ISLAM..(mungkin patut kena baca balik bahagian ke2 buku Maza ya’ni Intimai lil Islam..revise apa maksudnya menggabungkan diri dengan Harakah Islam)
Wahai para suami…relakan isteri anda menginfaqkan dirinya untuk ISLAM..bantulah dia untuk terus istiqamah..tegurlah dia jika dia mula mencuba2 untuk bergaya dengan fesyen terkini yang tidak menjaga aurat dengan sempurna..refresh semula zaman anda qitbah isteri anda samada through baitulmuslim ataupun tidak..
Wahai pasangan suami isteri yang both of you ahli jemaah, please remind yourself tujuan asal anda mendirikan baitulmuslim mawaddah warrahmah…jangan tetiba anda kona kot lain, menyimpang dan buat-buat lupa tujuan asal anda berkahwin..(kononnya kahwin sesame ahli jemaah untuk kekal istiqamah dalam gerakerja)..
Maaf di atas segala kekasaran bahasa..maaf jika ada yang berasa marah dan tidak puas hati…tujuan diri ini menulis adalah untuk mengajak dan memperingati diri sendiri dan kawan2 supaya tidak terus lena dan hanyut dibuai mimpi mainan syaitan laknatullah…
YA ALLAH..TETAPKANLAH HATI KAMI DALAM FI SABILILLAH..BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK MENJADI MUJAHIDAH DAN IBU PARA MUJAHID..
Wallahua’lam..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah..muhasabah buat kita semua..
ReplyDeleteSyukur pada Allah yg menetapkan iman kita
Dan sentiasalah berdoa agar terus ditingkatkan taqwa kita n berdoa juga lah buat sahabat2 yang mungkin sepi n mungkin lebih hebat lagi dp kita.
Semoga Allah mengukuhkan ukhuwwah kita n menjauhkan dari hati2 kita husnuzzhan terhadap sahabat2 seperjuangan yang lain.
Kita xtahu esok kita macammana n mati kita bagaimana keadaannya. So marilah kita sama2 doakan satu sama lain, insyaAllah.