Thursday, July 9, 2009

ANTARA DUA MASJID




“abang, tengok tuh…” muncung bibir saya mengunjukkan sepasang pengantin baru sedang bergambar dengan baju pengantin mereka di perkarangan sebuah masjid..posing dengan macam-macam gaya ala-ala model majalah pengantin gitu…saya kira pasangan ini baru berkahwin mengupah khas jurugambar professional untuk merakamkan detik-detik indah awal bergelar suami isteri…
Tidak lama selepas itu, datang pula sepasang lagi pengantin, yang perempuan lengkap dengan kebaya mendedahkan tangan melalui kain lace yang jarang..lelaki segak pulak menutup aurat dengan baju melayu bersampin dan bertengkolok..

Ya..masjid itu sentiasa dikunjungi orang ramai..yang ingin melihat ‘keindahan’ dan ‘kilauan kristal’nya…dengan replica masjid-masjid terkenal diseluruh dunia..tidak kurang ramai juga yang kagum dengan senibinanya…hatta pelancong dari luar negara juga tidak melepaskan peluang mengunjungi masjid tersebut dengan skirt pendek dan t-shirt tanpa lengan..(mungkin di beri jubah sebelum masuk ke dalam ruang solat)
Pengunjung masing-masing dengan kamera di tangan berposing di segenap penjuru masjid dan perkarangannya..sekumpulan remaja lelaki dan perempuan bergaul mesra bergambar bersama-sama..

Timbul persoalan di benak saya (dan suami) apa tujuan sebenar orang-orang ini singgah di sini? Untuk solatkah? atau tujuan utamanya untuk bergambar kenang-kenangan..solat itu hanya sampingan pelengkap syarat..?

Seusai solat asar, kami pun meneruskan perjalanan..





Asar keesokan harinya, saya bersama ibu dan ayah singgah untuk solat di sebuah masjid yang sudah biasa kami singgahi..masjidnya biasa-biasa..tipikal masjid di ceruk kampong..dari luar tiada apa yang kelihatan istimewa..tiada ‘kristal’..tiada taman tamadun..tiada yang ‘sudi’ merakamkan kenangan terindah mendirikan ‘masjid’ di situ (malah saya kelihatan janggal dan ganjil merakamkan gambar di perkarangan masjid)..hanya ada pepohon yang redup dan sebuah pondok kecil untuk pengunjung berehat-rehat seusai solat..sunyi..

namun..saya terasa damai di situ..azan berkumandang sejurus selepas kami tiba..berbondong-bondong pelajar sekolah agama rakyat (terletak di belakang masjid) datang untuk berjemaah..solat saya terasa lebih nikmat dan indah berbanding dgn asar hari sebelumnya..

saya mengambil kesimpulan mudah..antara dua darjat….

1. Masjid yang asasnya dibina untuk tujuan mengabdikan diri kepada ALLAH, ia akan terus-terusan berfungsi sebagai tempat hamba ALLAH mendekatkan diri kepadaNya..ia akan sentiasa dihiasi oleh amal2 yang indah..suasananya akan terus makmur dan damai..
2. Masjid yang asas dan tujuan asalnya dibina untuk tujuan pelancongan..dibina dengan tujuan bermegah2 (kononnya masjid itu indah dan ‘berkilau2’ pada waktu malam umpama Kristal) ia terus-terusan akan berfungsi sebagai tempat pelancongan..manusia datang bukan dengan tujuan utamanya untuk beribadah kepada ALLAH swt, tetapi datang semata-mata untuk ‘mengagumi’ keindahan sementara ciptaan manusia yang baharu..kilauan dan sinarnya tidak mungkin akan dapat dilihat sehingga ke langit yang ke tujuh..


Saya bernekad di dalam hati..saya tidak mahu lagi menyinggahi masjid yang dibina untuk tujuan pelancongan dan bermegah-megah..saya hanya mahu singgah dan solat di rumah ALLAH yang mulia…

Wallahua’lam..:)

1 comment:

  1. betul tu. skrg org2 yg berkemampuan "berlumba2" utk buat masjid yg gah di pandang mata.
    walaupun besar & berkilau2 tapi kalau takde jemaah yang memakmurkan mesjid tu sia-sia jugak kan.
    dibandingkan mesjid/surau walaupun di ceruk kampung tapi ramai jemaah yg datang, lebih tenang rasanya.

    thanks for sharing this nice post

    ReplyDelete