Monday, July 6, 2009

KISAH SEBATANG POKOK DAN SEORANG MANUSIA


assalamualaikum...

sejak sebulan lalu setiap pagi dan petang saya berjalan kaki dari rumah ke tempat kerja (exercise le kononnya). saya tidak pernah perasan 'kewujudan' dua batang pokok di tepi jalan (depan rumah saya) sehinggalah beberapa minggu selepas saya mula berjalan.

mulai hari itu, setiap kali saya pergi dan balik saya akan sentiasa merenung dan berfikir tentang pokok-pokok itu..

dua pokok ini sudah pun mati pada hakikatnya...tiada lagi dedaun hijau yang keluar darinya..pohon itu juga kekeringan...

tapi kan...

ada banyak tumbuh-tumbuhan lain yang menumpang hidup padanya...memberikan kehijauan pada pokok yang telah mati itu...

lalu setiap kali saya memandang pokok itu, fikiran saya terlayang membandingkan nasib pokok itu dengan nasib saya..


pokok itu walaupun sudah mati, dia tetap dapat memberikan kehidupan kepada tumbuh-tumbuhan lain...

jika saya mati hari ini, bisakah saya terus memberikan kehidupan pada orang lain?

pokok itu walau telah mati, masih ada yang sudi hidup dan memberikan rona hijau pada batang tubuhnya..

jika saya mati pada hari ini, adakah amal saya yang bisa memberikan 'kehidupan' kepada saya sepanjang perjalan alam barzakh menuju alam
akhirat?


"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)


No comments:

Post a Comment