Tuesday, July 14, 2009

TIPAH TERTIPU!!!!

Assalamualaikum..

semasa saya di tingkatan 5, saya amat tidak meminati sejarah..setiap kali saya buka buku teks sejarah saya akan di serang sindrom mengantuk yang amat sangat..begitu juga sewaktu cikgu mengajar di kelas..saya tidak begitu ambil kisah apa sahaja ‘fakta’ yang diceriterakan kepada saya..saya sendiri tidak hirau samada cerita ‘sejarah’ itu benar atau tidak (lebih kepada assumption bahawa setiap ayat dalam buku teks sejarah itu benar belaka dan tidak ada yang tidak benar..) saya belajar sejarah hanya untuk lulus SPM dengan baik..dan Alhamdulillah, saya lulus SPM dengan baik, walaupun subjek sejarah saya hanya cukup-cukup nyawa saja..


melalui buku teks sejarah itu saya diberitahu Mustafa Kamal Ataturk ialah bapa kemodenan turki..dia disanjung..pendek kata segala yang baik2 belaka tentang dia..pada ketika itu saya bangga kerana saya orang islam dan Ataturk juga orang islam..sehinggalah pada suatu hari semasa saya di matrikulasi, bilamana tiba-tiba saya terbaca tajuk artikel di akhbar : MUSTAFA KAMAL ATATURK PENGKHIANAT ISLAM. Saya terperanjat gajah..apa ni?

Perasaan ingin tahu saya mendorong saya membaca artikel tersebut..dan pembacaan saya itu mendorong saya untuk mencari maklumat yang lebih lanjut bagi mempastikan kesahihan bahawa manusia ini pengkhianat agama..(kontra sekali dengan apa yang saya belajar di tingkatan lima).

SAHIH.manusia inilah yang telah menjatuhkan khilafah Uthmaniah di turki..manu

sia inilah yang menjadi talibarut Inggeris dan yahudi menamatkan sistem pemerintahan Islam yang telah diamalkan sejak zaman rasulullah saw..manusia ini jugalah yang telah men’sekular’kan segala sisitem yang ada di turki..manusia inilah yang telah memisahkan ajaran islam dari kehidupan..pendek kata manusia yang bernama Mustafa kamal atatruk ini adalah &%$#@!!!!

Betapa saya telah tertipu..dan saya terasa ditipu dan dikhianati..

Hari ini, setelah lebih dari sedekad saya meninggalkan subjek sejarah di sekolah, saya kembali ingin mempelajari sejarah..bukan untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk saya mengenal jatidiri saya dan saya tidak lagi mahu ditipu..

Dalam pencarian (yang baru saja bermula) saya menemui ini :

Sebagai arsitek kemerdekaan, memang Tunku Abdul rahman adalah seorang tokoh yang konsisten pendiriannya tentap konsep Negara sekular. Menurutnya:

“in a previous statement a made on religion I mentioned thet this country is a SECULAR state. It means that it is not a muslim state. Islam is the official in this country, but other religions have a right to play their part as far as religion concern.”

Kata beliau selanjutnya: “ a muslim state for Malaysia is definitely out of question, though the muslims would like to see this happen. We have to consider the other races who have helped the country achieved independence.”

(dipetik dari buku Pemikiran Islam di Malaysia oleh Abdul Rahman haji Abdullah-anda boleh baca selanjutnya dengan menaip nama buku di google books)

Ini menguatkan lagi azam saya untuk mempelajari sejarah terutamanya sejarah negara saya sendiri..kerana saya cintakan negara saya dan saya juga cintakan kebenaran..

No comments:

Post a Comment