ibu hamil itu masih lagi muda..seusia dengan anak saudara saya..saya membelek buku antenatal berwarna merah jambu itu..
tertulis di dalamnya "refer doctor for uterus larger than date" lalu saya menyemak tarikh akhir haidh ibu hamil tersebut..
"anak sulung, ya dik?" tanya saya.. dia mengangguk tanpa bersuara..
"tarikhnya pasti ke dik?"
"pasti doktor.." suaranya seperti teragak-agak mahu menjawab..
saya semak tarikh perkahwinan..
"baik dik, adik baring..saya akan buat pemeriksaan"
hasil dari palpation saya dapati saiz perutnya tidak selari dengan tarikh akhir haidh yang diberi..lalu saya terus melakukan ultrasound..mana tahu, kot-kot twin pregnancy..tapi hasilnya sangat mengecewakan saya..
sebaik sahaja ibu muda tadi kembali duduk di kerusinya, dimulakan dengan menarik nafas panjang saya mula bertanya..
"dik, kalau ikut tarikh akhir haidh yang adik beri, sekarang adik mengandung 8minggu.." saya 'pause' untuk beri ruang ibu muda itu 'bernafas'..kemudian saya sambung, "tapi bila kita buat pemeriksaan dan ultrasound scan doktor dapati bayi dalam kandungan adik sudah pun berusia 20 minggu.."
saya perhatikan reaksinya..nampak masih lagi selamba...
"kalau ikut tarikh kahwin, adik baru dua bulan bernikah, betul kan?" saya menduga..
"betul doktor.."
"sekarang ni doktor nak tanya adik..doktor minta adik bercakap benar..adik mengandung sebelum nikah k?" saya bertanya direct...dia tertunduk..
*****
saya bekerja di sebuah tempat yang di consider pedalaman..kampung..taraf sosioekonomi penduduknya rendah..bukannya di bandar besar..mahu ke alor setar pun mengambil masa lebih kurang sejam..kalau di ajak saudara mara atau kawan2 bertandang ke rumah pun ramai yang bersungut jauh...
saya baru 2 tahun di sini..tetapi, kes-kes seperti di atas seringkali saya temui..dah tak terbilang dah rasanya...(fed up pun ada bila jumpa kes-kes macam ni)
semak otak saya memikirkan apakah ayat-ayat terbaik utk saya sedarkan mereka ini bahawa mereka telah melakukan dosa besar iaitu berzina..sakit hati bila melihat muka selamba takde rasa bersalah/malu bila kita sebutkan bahawa zina itu dosa besar..(buleh rilekk sengih selambe dekk)
ada tak sesiapa yang boleh bagi idea yang PRAKTIKAL kepada saya?
hakikatnya perkara yang telah berlaku telah pun berlaku..ibarat kata pepatah..terlajak perahu boleh di undur..terlajak laku, binasa badan...
yang penting, remaja2 seperti ini harus ditanam dalam hati dan minda mereka kesedaran untuk bertaubat dengan taubat nasuha..kesedaran untuk tidak mengulangi zina..dan kesedaran untuk memelihara dan mendidik anak luar nikah yang dikandungnya (anak itu suci, tidak berdosa) mengenal ALLAH..mengenal dosa dan pahala..mengenal syurga dan neraka..mengenal musuh (nafsu dan syaitan durjana)..
tidak guna memarahi, meleteri mereka..
tidak guna si ibu atau si bapa mengamuk2 membuang anak, membuang saudara...kerana amukan seperti itu hanya akan menambahjauhkan jarak mereka dan menyukarkan perjalanan taubat mereka...
jangan dihina remaja2 ini..dekati mereka..cuba bermesra dengan mereka..berikan nasihat yang lembut tetapi tegas..
saya menarik nafas panjang...saya renung mata ibu muda tadi..dengan harapan dia sedar dan menyesal dengan apa yang dia telah lakukan..saya doakan, rumahtangga yang didirikan bersama suaminya itu tidak berantakan di pertengahan jalan..saya mendoakan mereka suami isteri bertaubat dengan taubat nasuha..saya juga mendoakan, anak yang bakal lahir itu akan membesar menjadi mujahid/mujahidah pembela ISLAM dan umat (walaupun lahir dari perhubungan yang dimurkai ALLAH)..
saya terkenangkan dua anak dara saya di rumah, " Ya ALLAH...peliharalah dan lindungilah anak-anakku...tiada sebaik-baik pelindung melainkan Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Agung.."
ishh.. macam2 naa..
ReplyDeletebesaq gak tanggungjawab hang.. aku pasti hang
boleh nasihatkan depa.. tapi kalau nasi dah jadi bubur.. nasihat camana pun, baby tu tetap anak luar nikah gak kan.. kan Ija kan.. :)
Nauzubillah..
yang dah lepas tetap dah lepas...cuma dok pikiaq camna nak kurangkan kes-kes macam ni...tu yg reported..yang under reported lagi ramai..
ReplyDelete